Selesa...Ruang yang luas memberikan suasana yang selesa kepada pengguna di Aeromall, Senai. |
SETENGAH
abad lalu, Senai hanyalah sebuah pekan kecil yang terdiri daripada deretan beberapa
rumah kedai di sepanjang jalan utamanya. Bagaimanapun mulai pertengahan 70-an, pembinaan
Lapangan Terbang Anatarabangsa Senai, kira-kira lima kilometer dari pecan itu, telah membawa
perubahan yang besar kepada kawasan sekitarnya. Daripada hanya deretan beberapa
rumah kedai, kini kilang-kilang dan taman-taman perumahan yang tumbuh bak
cendawan telah mengubah wajah Senai.
Tidak
lama lagi, wajah Senai akan mengalami suatu perubahan besar apabila sebuah
projek pembangunan bernilai RM3.3 bilion bagi membangunkan Bandar Lapangan Terbang
yang melibatkan pembangunan Taman Berteknologi Tinggi, Zon Perindustrian dan
Komersil Bebas, serta projek pembangunan bercampur dibangunkan dalam tempoh 10
tahun ini.
Pembangunan
di atas tanah seluas 1,110 hektar yang terletak bersebelahan dengan Lapangan
Terbang
Senai
itu akan dibangunkan dalam tiga fasa. Fasa pertama dan kedua adalah pembangunan
meliputi pembinaan kompleks kargo baru, pemanjangan trek laluan kapal terbang,
dan menaik taraf kompleks terminal penumpang. Fasa ketiga pula meliputi
pembangunan Bandar Lapangan Terbang Senai yang melibatkan pembangunan taman
teknologi tinggi, zon perindustrian dan komersil bebas seta projek pembangunan
bercampur.
Lapangan Terbang Senai
Lapangan
terbang yang dibuka pada 1974 itu telah mengalami pelbagai proses pengubahsuaian
untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.
Pada
November 2003, Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB) telah mengambil
alih pengurusan dan operasi lapangan terbang itu daripada Malaysia Airport
Berhad.
Semenjak
pengambilalihan itu, SATSSB telah membelanjakan sejumlah RM350 juta untuk
menyiapkan serta memperbaharui bangunan terminal penumpang, penambahan trek
laluan kapal terbang, kemudahan tempat letak kereta serta pembinaan kompleks
kargo udara yang baru.
Aeromall
Kompleks
yang dibina dengan kos RM80 juta ini adalah gedung beli-belah yang pertama beroperasi
di kawasan lapangan terbang di Malaysia .
Ia akan menempatkan 25 unit kedai yang direka bentuk bagi menjadi pusat tumpuan
gaya hidup
pengguna di kawasan itu. Antara perniagaan yang telah menempah ruang di dalam
kompleks itu adalah Starbuck, KFC, Kyros Kebab, Restoran Jepun Kinsahi serta
MPH Bookstore.
Taman
Teknologi Tinggi Senai dibina di atas tapak seluas 460 hektar dan memulakan
sebahagian operasinya pada Mac 2011. Ia adalah kawasan teknologi tinggi kedua di
Malaysia
selepas Hi-Tech Park Kulim. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diberi
tanggungjawab membangunkan taman ini akan turut menyediakan latihan dan sumber
modal insan secara berterusan bagi memenuhi keperluan di taman itu.
Antara
syarikat yang telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk melabur
di situ adalah STX Corporation dari Korea , melibatkan jumlah pelaburan
RM1.5 bilion. Syarikat ini akan melabur dalam sektor kuasa solar meliputi
kemudahan pengeluaran modul sel solar dan taman solar bagi menjana 100 megawat
(MW) arus elektrik dalam tempoh antara lima
hingga tujuh tahun.
Zon Perindustrian dan
Komersil Bebas
Zon
perindustrian bebas dan kawasan logistic yang merangkumi kawasan seluas 375
hektar ini dirangka bagi tujuan pusat pembuatan barangan bermutu tinggi serta
industri berteknologi dalam sektor penerbangan dan pengangkutan. Ia termasuk
pembangunan kilang-kilang, hangar pesawat
serta kawasan operasi untuk syarikat-syarikat yang menguruskan perkhidmatan
penghantaran.
Kawasan
ini juga akan menempatkan gudang-gudang barangan perdagangan untuk diedarkan ke
tempat-tempat lain di seluruh negara.
Pembangunan Bercampur
(Pusat Komersil dan Kediaman)
Perancangan
pembangunan bercampur di Bandar Lapangan Terbang Senai di atas kawasan seluas
264 hektar ini akan meliputi kawasan perumahan, perniagaan dan sector hospitaliti.
Ia akan melibatkan projek pembangunan dua blok hotel, pusat konvensyen,
pejabat, kilang dan kawasan perumahan.
No comments:
Post a Comment