tag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post5419074987728993253..comments2024-03-26T15:23:43.809+08:00Comments on Kesultanan Johor: ISTANA BANTU CAPAI KEMERDEKAANUnknownnoreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post-37812442641748773662012-12-27T02:53:34.228+08:002012-12-27T02:53:34.228+08:00Kesultanan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan ...Kesultanan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan Bermula dari keturunan yang sama

Kesultanan Johor

Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Tun Daeng Ibrahim ibni Almarhum Temenggung Abdul Rahman ibni Almarhum Temenggung Tun Abdul Jamil ibni Almarhum Bendahara Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil IV ibni Almarhum Bendahara Tun Habib Adbul Majid ibni Almarhum Tun Mat Ali

Kesultanan Pahang

Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah ibni(Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ) Almarhum Bendahara Tun Ahmad ibni Almarhum Bendahara Tun Ali ibni Almarhum Bendahara Tun Koris ibni Almarhum Bendahara Tun Abdul Majid ibni Almarhum Bendahara Tun Hasan ibni Bendahara Almarhum Tun Abbas ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil IV ibni Almarhum Bendahara Tun Habib Adbul Majid ibni Almarhum Tun Mat Ali

Kesultanan Terengganu

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud hingga ........(Sultan Zainal Abidin 1) Almarhum Tun Zainal Abidin ibni Almarhum Bendahara Tun Habib Adbul Majid ibni Almarhum Tun Mat Ali

Kesultanan Kelantan

Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV ibni Almarhum Sultan Muhamad III (1889-1890)ibni Almarhum Sultan Ahmad( Tengku Ahmad) ibni Tengku Muhammad ibni Sultan Mansur Riayat Shah 1 ibni (Sultan Zainal Abidin 1) Almarhum Tun Zainal Abidin ibni Almarhum Bendahara Tun Habib Adbul Majid ibni Almarhum Tun Mat Alisemangat guru sallehhttps://www.blogger.com/profile/10360154262345389407noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post-50600563088067516722012-12-26T21:16:10.523+08:002012-12-26T21:16:10.523+08:00artikel yang menarik! saya berminat mahu membuat k...artikel yang menarik! saya berminat mahu membuat kajian berkenaan pemerintahan Sultan Ibrahim untuk thesis saya nanti. InsyaAllah. Sebarang info atau maklumat tambahan, bolehlah saudara/saudari berkongsi dengan saya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.
email saya salbiyahrahmat@gmail.com

salbiyahhttp://www.facebook.com/mawarkusalbiyah.rahmatnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post-57305054154437349302012-08-30T09:13:06.825+08:002012-08-30T09:13:06.825+08:00Apa yang kita dengar adapun Almarhum Sultan Ibrahi...Apa yang kita dengar adapun Almarhum Sultan Ibrahim tiadalah memberi kata putus dengan gagasan itu. Orang putih itu hanya mengadap baginda.. tetapi yang anehnya orang putih itu yang mengguna nama baginda menyatakan baginda bersetuju.. setelah orang putih itu menjaja nama baginda serata tanah melayu sampai akhirnya di Pahang. Sultan Pahang pula bertanya kepada baginda benarkah baginda bersetuju.. terkejutlah mendengar.. apakala semua raja2 melayu bersetuju maka baginda pun bersetuju juga akhirnya..
Apa yang kita ketahui sultan-sultan johor yang terdahulu cukup bersembunyi mengenai hakikat diri mereka. Mereka lebih gemar menunjuk diri yang mana garang dan tegas. Perkara yang lain mereka cukup menjaga. Perkara ini sehingga kini berlansung. Bukan semua perkara harus didedahkan dan diberitahu. Kepada allah jualah kita bermohon dan berserah.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post-58130224320469327142012-08-30T08:40:57.208+08:002012-08-30T08:40:57.208+08:00Kebetulan saya dilahirkan pada 15 Januari 1946 di ...Kebetulan saya dilahirkan pada 15 Januari 1946 di Batu Pahat, Johor, hampir serentak dengan pembubaran Malayan Union dan penubuhan UMNO yang kesemuanya berlaku di Johor, namun pendedahan di atas kurang didengari atau diketahui umum, syabas kepada penulis tanpa nama.... Saya memohon kepada ahli2 sejarah yang lain turut menulis agar maklumat penting sebegini dapat di menafaatkan oleh anak cucu kita kemudian hari...Haji Musahttps://www.blogger.com/profile/07312106869326296548noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post-70323212833277852012012-08-30T02:08:26.520+08:002012-08-30T02:08:26.520+08:00Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirk...Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirkan di dalam istana. Tetapi faktanya adalah kerana Sultan Sir Ibrahim adalah merupakan Raja Melayu pertama yang menandatangani persetujuan Malayan Union tanpa sebarang tentangan di hadapan Sir Harold MacMichael pada 20 Oktober 1945. Mengikut Christopher Bayly dan Tim Harper di dalam buku Forgotten Wars - "The Sultan quickly consented to MacMichael's proposal scheme, which was motivated by his strong desire to visit England at the end of the year." Bermakna disini tiada tentangan dibuat. Dan memang benar, pada akhir tahun 1945, Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Marcella berangkat ke London.

Sejarah menunjukkan hanya 2 orang Raja Melayu sahaja yang menentang Malayan Union secara terang iaitu Sultan Kedah, Sultan Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz. Semasa MacMichael mengadap Sultan Badlishah pada 29 November 1945, beliau mengggunakan nama Sultan Sir Ibrahim yang lebih awal bersetuju dengan Malayan Union. Sultan Badlishah menyawab, "Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor!". Satu jawapan yang berani dan mengejutkan MacMichael. Walau bagaimanapun akhirnya kedua-dua Sultan Kedah dan Sultan Perak terpaksa juga untuk menandatangani persetujuan Malayan Union.

Sejarah penentangan Dato' Onn Jaafar tidak banyak yang menulis kenyataan amarah beliau kepada Sultan Sir Ibrahim yang berbunyi "rakyat telah menjadi raja, dan raja telah menjadi rakyat" (the rakyat have become the raja, the raja have become the rakyat). Rujuk The End of Empire and the Making of Malaya. T. N. Harper (1999) muka surat 85 dan Malaysia: Islam, Society and Politics muka surat 172. Buku-buku sejarah berbahasa Melayu tidak melaporkan kenyataan Dato' Onn Jaafar tersebut, mungkin berbunyi sebagai penderhaka? Apa yang ingin disembunyikan, Dato' Onn Jaafar telah lama menjadi Hang Jebat. Derhakanya mempunyai sebab, derhakanya mempunyai martabat.

Mengikut kajian Noorita Abdul Hamid (2005) bertajuk Politik Melayu daripada Perspektif Warta Negara 1946 untuk thesis Sarjana Sastera Sejarah Universiti Malaya, akhbar Warta Negara bertarikh 7 Februari 1946 memetik kenyataan Mufti Johor, Haji Hassan Yunus seperti berikut,

"Kerajaan dan bumi ini bukanlah Sultan yang empunya bahkan rakyat negeri, dan Sultan hanya menjadi ketua."

Di dalam akhbar yang sama, Menteri Besar Johor pada ketika itu, Ungku Abdul Aziz Abdul Majid mendakwa Sultan Ibrahim tidak langsung berbincang dengan beliau atau menteri dan pegawai yang lain sebelum menandatangani persetujuan Malayan Union. Warta Negara bertarikh 15 Februari 1946 pula menyatakan Ungku Aziz dengan lantang dan berani menuntut supaya orang Melayu Johor tidak lagi menumpahkan taat setia mereka kepada Sultan Sir Ibrahim kerana perbuatan itu melanggar amanah yang diberikan oleh rakyat.

Selain daripada itu, mengikut Biografi Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip tulisan Thajunnisa Mohamed di muka surat 18 menceritakan bapa Tun Dr. Ismail iaitu Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin bersama-sama "Orang Tujuh" dari Muar termasuk Datuk Kosai Mohd Salleh dan Mufti Haji Hassan Yunus, juga pernah menuntut Sultan Sir Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor.

Berita mengenai penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union dan terhadap Sultan Sir Ibrahim akhirnya sampai ke pengetahuan baginda pada 22 Februari 1946 yang ketika itu menetap di Grosvenor House London. Akhirnya Sultan pulang ke Johor. Malayan Union diisytiharkan juga pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama dipulaukan oleh Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu terus menentang. Dan ini akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946.

Itu kisah UMNO Lama yang telah terkubur. Tujuan penubuhannya adalah untuk menghimpunkan semua orang Melayu untuk menentang Malayan Union. Jadi, slogan "Hidup Melayu" memang releven dengan perjuangan UMNO pada ketika itu.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6845092811482411576.post-52631359215522117722011-05-05T22:53:33.042+08:002011-05-05T22:53:33.042+08:00betapa banyaknya sumbangan Kesultanan Johor terhad...betapa banyaknya sumbangan Kesultanan Johor terhadap kemerdekaan negara. :)Riffzamhttps://www.blogger.com/profile/02626941159001850196noreply@blogger.com