Social Icons

MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah 

bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang 
digunakan sehingga ke hari ini. Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja 
dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos £211.1

Sering kita tertanya, apakah itu Mohor Besar Raja-Raja? Inilah Mohor Besar Raja-Raja dan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bersara baru² ini adalah penyimpannya.

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA 
Pada asalnya penjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia ialah kakitangan kerajaan yang paling kanan. Telah diputuskan dalam salah satu Mesyuarat Majlis Raja-Raja bahawa jawatan Penyimpan Mohor Besar ini tidak boleh kurang tarafnya daripada Menteri Besar yang paling kanan, yang pada masa itu merupakan seorang kakitangan kerajaan yang kanan. Justifikasinya ialah Penyimpan Mohor Besar bertindak bagi pihak semua Raja, manakala Menteri Besar hanya mewakili Rajanya sahaja. Tambahan lagi Raja-Raja masih mempunyai sedikit kuasa eksekutif dan dengan demikian Baginda sekalian memerlukan seorang pegawai kanan.


          Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh 
          Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 


         - Mohor Besar yang pertama berukuran 
           51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi 
           dan seberat 93 kg
         - Manakala Mohor Besar yang kedua
           berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 
           35.5 cm tinggi dan seberat 38kg.
Selepas merdeka, kuasa eksekutif Raja-Raja dipindahkan kepada rakyat. Maka jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tidak lagi mendukung tanggungjawab seperti yang pernah termaktub sebelumnya.

Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa:

3. Majlis Raja-Raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-Raja yang hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu.
4. Orang yang dilantik dibawah Seksyen 3 hendaklah dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis itu.
“6. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja bilamasa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis itu dan, dengan tidak dikehendaki berbuat sedemikian, tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan apabila berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau dalam jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.”

Gelaran “Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja” (“The Keeper of the Rulers’ Seal”), dibawa jauh dari England ke Malaysia melalui India. Ia berasal dari Britain dan berakar umbi lebih 600 tahun dahulu. Beliau dikenali dengan nama ini memandangkan beliaulah yang menjaga Mohor Besar Raja-Raja. Tidak banyak orang yang mengetahui tugas yang dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar ini. Sebenarnya beliau merupakan Setiausaha Majlis Raja-Raja (Seksyen 4 Jadual Kelima dalam Perlembangaan Persekutuan). Pernah dilaporkan oleh Almarhum DYMM Raja Perlis bahawa pernah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja diperkenalkan kepada seorang pegawai India, pegawai itu berkata, “Oh, Maharaja kami tidak menyimpan Seal, Baginda menyimpan harimau”

No comments:

Post a Comment