Istiadat penganugerahan bintang ini telah diadakan di Dewan Bandaran, Singapura. Dengan penganugerahan bintang ini baginda merupakan Raja Melayu yang pertama dianugerahkan bintang seumpama itu. Penganugerahan tersebut juga adalah sebagai tanda penghormatan terhadap hubungan baik dan persahabatan Baginda dengan Queen Victoria dan kerajaan Inggeris.
Sultan Abu Bakar menaiki takhta kerajaan Negeri Johor pada 1 Februari, 1862 berikutan kemangkatan ayahanda Baginda Temenggong Tun Ibrahim Sri Maharaja. Baginda ditabalkan dengan gelaran Datuk Temenggong Abu Bakar Sri Maharaja Johor. Gelaran Temenggong kemudiannya ditukar kepada Sultan dalam satu istiadat menandatangani perjanjian di antara kerajaan Johor dan kerajaan Inggeris di London pada 11 September, 1885.
Namun begitu, gelaran tersebut hanya dimasyhurkan di Negeri Johor pada 13 Februari 1886.
Sepanjang tempoh pemerintahan baginda, banyak kemajuan telah dilakukan. Antaranya ialah pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan yang merupakan undang-undang bertulis yang pertama di antara negeri-negeri Melayu. Baginda juga telah mengisytiharkan pertukaran nama Tanjung Puteri kepada Johor Baru. Sistem pentadbiran Johor telah diperkemaskan dan ini terbukti dengan wujudnya jabatan-jabatan kerajaan seperti Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Audit, Mahkamah, Pejabat Pelajaran dan lain-lain jabatan. Segala pembaharuan yang diasaskan sepanjang pemerintahan Sultan Abu Bakar telah membawa Johor ke arah pemodenan. Ini adalah sesuai dengan gelaran yang diberikan kepada Baginda sebagai 'Bapa Johor Moden". Baginda mangkat di London pada 4. Jun 1895 setelah memerintah selama 33 tahun.
Raja-raja Melayu yang pernah menerima bintang kebesaran ini:
- Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
- Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al-Mutasim Billah Shah
- Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah I Rahmatullah
Untuk pembelian Buku Sejarah DiRaja Johor sila
|
No comments:
Post a Comment