Social Icons

SEJARAH ISTANA TYERSALL

Oleh YANG BERHORMAT DATO' ABDUL RAHIM RAMLI



Dalam tahun 1860an Maharaja Abu Bakar membeli hartanah seluas 67 ekar di Tanglin Singapura milik penasihat undang-undang Baginda William Napier. Sebuah kediaman “Tyersall” yang dibina ditanah tersebut pada tahun 1854 kemudiannya dijadikan tempat persemayaman suri ketiga Baginda Sultanah Fatimah Binti Abdullah. Setelah merobohkan rumah kediaman tersebut pada tahun 1890 Sultan Abu Bakar bersama Sultanah Fatimah merancang membina sebuah istana mengikut ciri ciri kediaman mewah di Eropah. Dato’ Yahya Awaluddin salah seorang Ahli Jumaah Menteri Baginda yang juga seorang arkitek diberi tanggungjawab menyediakan reka bentuk istana itu mengikut citarasa Sultanah Fatimah.

Sultanah Fatimah Binti Abdullah
Maharaja Abu Bakar bernikah dengan Che’ Puan Fatimah seorang gadis keturunan Cina (nama asal Wong Ah Gew sebelom memeluk agama Islam) anak kepada seorang Kangcu Rengit pada tahun 1885. Che’ Puan Fatimah yang dikurniakan gelaran Maharani Fatimah enggan dimahkotakan bersama Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Walaubagimanapun Sultan Abu Bakar mengurniakan gelaran Sultanah kepadanya dan diukir gelaran serta namanya di beberapa peralatan keemasan untuknya dari perhiasan sehinggakan ke perkakas jamuan.


Istana ini berbentuk empat segi tepat berukuran 210 kaki panjang dan 174 kaki lebar, dengan seni bina Corinthian. Ciri utama yang terdapat pada istana ini adalah sebuah menara 70 kaki tinggi ditengah bangunan yang berbumbung genting berwarna merah. Satu lambang bulan sabit dan bintang sebagai simbol agama Islam menghiasi mercu menara itu. Pemborong binaan Wong Ah Fook dari Johor Bahru dipertanggungjawabkan membina istana tersebut, dan selesai pembinaanya pada tahun 1892, setahun selepas kemangkatan Sultanah Fatimah.


Antara ciri menarik bangunan yang mempunyai 420 pintu itu adalah tangga besar berhiaskan besi waja berkerawang, dewan menghadap yang selesa, dewan tari-menari, dan dewan santapan yang luas. Kayu jati digunakan menghiasi pintu dan tingkap. Perabot, langsir yang indah dan permaidani empuk dibeli dari England. Barang-barang perhiasan China, Jepun dan lain-lain yang diperolehi sendiri oleh Sultan Abu Bakar ketika lawatan ke negara asing menghiasi ruang koridor dan bilik-bilik istana.

Sultan Abu Bakar mengekalkan nama asal “Tyersall” dari bahasa Scot bagi istana yang dijadikan kediaman persemayaman rasmi Baginda di Singapura. Baginda menjemput dan memberi penghormatan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat Sir Cecil Clementi untuk merasmikan Istana Tyersall pada 3 Disember 1892 disaksikan oleh Sultan Pahang, Sultan Riau, serta pembesar-pembesar Johor dan Singapura.

Lawatan Raja Siam Raja Chulalongkorn ke Istana Tyersall pada 2 Aug 1896
Istana Tyersall menyaksikan beberapa peristiwa bersejarah diantaranya pada 10 Disember 1892 Sultan Abu Bakar menerima anugerah darjah Imperial Order of the Double Dragon Pangkat Pertama dari Emperor China yang disampaikan oleh Konsul Jeneral China di Singapura. Maharaja China amat menghargai jasa baik Sultan Abu Bakar diatas keprihatinan dan bantuan Baginda membenar dan memberi perlindungan kepada rakyat Negara China yang bermastautin di Johor.

Beberapa hari sebelom berangkat kali terakhir ke London pada 18 April 1895, satu majlis yang sederhana diadakan di Istana Tyersall dimana Sultan Abu Bakar telah melantik Tunku Mahkota Tunku Ibrahim sebagai Pemangku Raja disaksikan oleh Jumaah Menteri Baginda. Pada 4 June 1895, Pemangku Raja menerima perkhabaran berita kemangkatan Sultan Abu Bakar melalui telegram yang dikirimkan oleh Dato’ Sri Amar DiRaja Dato' Abdul Rahman Andak semasa beradu di Istana Tyersall.

Pada 14 April 1895 Sultan Abu Bakar mewasiatkan supaya Tyersall dijadikan harta kerajaan Johor setelah kemangkatan Baginda, khas untuk kegunaan waris-waris dan pengganti-pengganti Baginda turun temurun. Kerajaan Singapura pada tahun 1990 mengambil balik sebahagian tanah Tyersall untuk tujuan awam dengan bayaran gantirugi sebanyak $25 juta. Terbit dari satu tuntutan Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 2005 mengesahkan, oleh kerana Tyersall telah di kurnia untuk kegunaan takhta Kerajaan Johor Almarhum Sultan Iskandar yang pada masa itu Sultan Johor berhak menerima keseluruhan wang pampasan tersebut.

Pada 10 September 1905 jam 2.45 pagi Istana Tyersall musnah terbakar disebabkan litar pintas eletrik. Adalah menjadi satu perkara pelik antara bangunan yang pertama menerima bekalan letrik di Singapura dimusnahkan oleh api yang berpunca dari kerosakan eletrik.


Pada tahun 2006 Sultan Iskandar telah mengurniakan keseluruhan kawasan Tyersall kepada cucuanda Baginda  Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibni Tunku Ibrahim (sekarang Tunku Mahkota Johor).

Penulis,
Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Ramli
Yang DiPertua
Jumaah Majlis DiRaja Johor
18 Disember 2016

Untuk pembelian Buku Sejarah DiRaja Johor sila
hubungi pengedar ditalian 019-799-8249 (Whatsapp)

-----

TYERSALL PALACE

Sometime in the 1860’s Maharaja Abu Bakar acquired a landed property of 67 acres in Tanglin Singapore once owned by his legal adviser William Napier. A residential building Tyersall constructed in 1854 within the property became the official residence of Abu Bakar’s third consort Sultanah Fatimah. In 1890 Abu Bakar had the building demolished. He and Sultanah Fatimah built a new much enlarged building in a lavish European style residence. Dato Yahaya Awaluddin an architect and a member of Abu Bakar’s Cabinet designed the plans according to the wishes of Sultanah Fatimah. The contractor was Wong Ah Fook. The building was completed in 1892, a year after Sultanah Fatimah’s demise.

Abu Bakar married Che’ Puan Fatimah Binti Abdullah (nee Wong Ah Ngew before embracing Islam) a daughter of the Kapitan Cina of Rengit in 1885 and conferred her the title Maharani Fatimah. She did not wish to be crowned together with Abu Bakar in 1886. However Abu Bakar conferred her the title Sultanah and had her name and title engraved on her golden personal jewellery and dining sets.

The building was rectangular in shape (210 ft by 174 ft,) designed with Corinthian style architecture with a red-tiled roof and a 70 ft. high tower in the centre topped with a crescent and star. Among the key features of the building were a grand staircase with ornamental iron balustrades, a grand reception room, a banquet hall and a ballroom. The building had 420 doors. Hardwood timber including teak and ironwood were used for the doors and windows. Furniture, furnishings, tapestry and carpets were imported from England.  Chinese and Japanese curios collected by Abu Bakar on his travels adorned the corridors and rooms.

Abu Bakar named the palace Tyersall after its former Scottish name and made it his official residence in Singapore. He honoured Straits Settlement Governor Sir Cecil Clementi to declare open the palace on 3 December 1892 witnessed among others by the Sultan of Pahang, the Sultan of Riau, and leading lights from Johor and Singapore.

Tyersall saw many historic events. On 10 December 1892 Abu Bakar received the conferment of the First Class Imperial Order of the Double Dragon from the Emperor of China, conveyed by the Consul General of China in Singapore. The citation read the Order was in appreciation of Abu Bakar’s sympathy, kindness and care in permitting the Chinese to settle in Johor.

A few days before departing for England for what turned out to be his final journey on 18 April 1895 at a simple ceremony Abu Bakar appointed his son Crown Prince Tunku Ibrahim as Regent. It was in Tyersall that Ibrahim received a telegram on 4th June from Dato’ Sri Amar DiRaja informing him of the demise of Sultan Abu Bakar in London.

On 14 April 1895 Abu Bakar executed a will for Tyersall to become State property after his death for the use and enjoyment of his heirs and successors and their descendants.  The Singapore government in 1990 acquired part of the land for public purpose with a compensation of $25 million. Following a dispute in 2005 the Singapore High Court ruled as Sultan Abu Bakar had bequeathed Tyersall to the throne of Johor the reigning Sultan Iskandar was entitled to the compensation awarded.

Tyersall was completely gutted in a fire at 2.45 am September 10th 1905. Forensic investigations confirmed an electrical short circuit caused the fire. Ironically Tyersall was one of the earliest private residences in Singapore that were provided with electricity.

In 2006 Sultan Iskandar bequeathed the property to his grandson Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim the then Heir Presumptive and now the Crown Prince of Johor.

Dato’ Abdul Rahim bin Ramli
President
Johor Council of Royal Court

No comments:

Post a Comment