Menceritakan kisah Raja, pasti akan dikaitkan dengan daulat dan juga ketulahan. Kata orang, Raja/Sultan yang kuat daulatnya. Yang pernah kawan dengar kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, berkaitan dengan kisah Panglima Bentan a.k.a Megat Seri Rama.
Kisah lain adalah Sultan Abu Bakar. kata orang baginda berguru dengan wali. Wali Dandiar namanya. Tukang kebun istana pada masa tu. Kononnya Wali Dandiar memang berada disitu sebagai tukang kebun demi menjaga Sultan Abu Bakar. Wali Dandiar pernah dilihat orang mengangkut air menggunakan raga berlubang, tapi air tak jatuh, menyapu daunan kayu dengan hanya kipasan tangan. Daun kayu ditolak oleh angin dan berkumpul setempat. Dengar kata, pewaris ilmu Wali Dandiar ni masih ada di Johor.
Mengikut kisah, sebelum berguru, Sultan Abu Bakar pernah memarahi beliau tapi suaranya tersekat, tak dapat keluar.
Diceritakan kehebatan Sultan Abu Bakar, memanggil harimau yang makan penduduk ketika itu dan dilempangnya harimau tersebut sampai mati, menghentak jambatan yang dikatakan kuat oleh orang putih yang berlagak dengan sebelah kaki sahaja senget jambatan.
Kalau disebelah Kedah, Sultan yang dikaitkan dengan daulat dan ketulahan adalah Sultan Abdul Hamid. Sepanjang pengalaman kawan di Kedah, kebanyakan kedai ada meletakkan gambar Sultan Abdul Hamid, terutama kedai² mamak. Pernah ditanya oleh seorang sahabat kepada seorang peniaga cina,”ni sapa? apsal letak gambar ni?” . Jawab dia, “ini gambar ada ong oooo.. Sultan Abdul Hamid adalah seorang wali Allah”.
Cerita Sultan Abdul Hamid berguru pula. Baginda yang masa tu Putera Raja datang kerumah guru dengan bergajah dan diiringi pengawal. Sampai dirumah, dihalaunya oleh Tok Guru. Kata Tok Guru, “kalau nak belajar, datang sebagai murid, bukan sebagai raja”. Baginda akur dan balik. Kemudian datang lagi berjalan kaki dan membawa kitab. Sampai depan rumah tok guru diberi salam. Guru keluar menjengah, “haa.. mid naik lah” kata tok guru tu je tak perlu susah² mengangkat sembah, panggill pun “mid” (hamid) je. Tapi tak pula dia terasa walaupun dia Putera Raja. Itulah kuasa guru dan itulah kaedah berguru. Lupakan pangkat dan kuasa, mengadap guru dengan penuh rendah hati. Adab berguru, murid datang mencari guru, guru dimuliakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"...menghentak jambatan yang dikatakan kuat oleh orang putih yang berlagak dengan sebelah kaki sahaja senget jambatan."
ReplyDeletesy penah dengar cerita ni tapi x tau pula jambatan mana yang dimaksudkan. bolehkah kongsi andaikata saudara tahu?
yang di maksudkan adalah tambak johor....
DeleteJembatan dulu, cuba jembatan Penang
DeleteJgn kau lekehkan awliya dan wali Allah bodoh.
DeleteJgn kau lekehkan awliya dan wali Allah bodoh.
DeleteDengar cerita Jambatan parit Sulong Batu Pahat
DeleteYer. Btol tu. Jambatan parit sulong batu pahat
Deletemendengar cerita org dulu-dulu, org lama yg pernah bekerja di istana johor, Jambatan itu adalah Jambatan Tambak Johor.
Deletejembatan yg ni :
ReplyDeletewww.untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com
As-Salam..saya rasa ada kesilapan dalam penulisan tuan! Yang menghentak jambatan buatan Orang Putih tu adalah Sultan Abdul Hamid, bukanya Sultan Abu Bakar. Kerana jambatan tersebut adalah berada berdekatan dengan kediaman saya..harap maklum
ReplyDeleteMemang pernah berlaku semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar menghentakkan kakinya hingga senget Tambak Johor ketika itu
Deleteyang dgr pun sama..sama.kisah dua sultan ni. hentak jambatan. di johor sebab engineer putih tu.pelekeh..org melayu mana pandai buat jambatan kukuh kuat mcm ni. sekali hentak. senget. dua pegawai omputih tu bunuh diri krn malu
DeleteBanyak kesangsiannya???
ReplyDeleteCerita- cerita ini hanya untuk seronok didengar sahaja, bukannya untuk dipercayai. Banyak ketidakmunasabahan dan kelucuannya .......
Kau dgn mak bapak kau sama banggang
DeleteTak percaya wali le tu. Siannn.
Deletetak belajar hakikat.tu yg hati benak
ReplyDeletetambak johor semasa baru siap dahulu..
ReplyDelete@dinbrasco..sultan abu bakar lah bro,masa tu tambak johor baru siap,kata arkitek/kontraktor binaannya kukuh...tp almarhum hentak kaki bergegar tambak...crite ni turun temurun arwah datuk wa,apa yg penulis cite kat atas semuanya pernah kluar dr mulut arwah.hidup johor..
ReplyDeletetipu je semua tu.allah s.w.t yg paling berkuasa. amin.....
ReplyDeleteJambatan di Kedah tu terletak berdekatan mahkamah lama...menghubungkan bandar alor setar dgn seberang perak.... jambatan tu dah dibuang dah dalam tahun 80'an...ceritanya Sultan Abdul Hamid cuma letak sebelah kaki sahaja dan bukannya hentak pun... saya semasa zaman kanak kanak dulu pernah tengok jambatan tu...
ReplyDeletecerite nie berbeze...yg kedah 2..kedah..yg johor 2 johor..jembatan n sultan pon x same...sultan johor mengunekan 7rabbikum...ayat yg menghubungkan dgn malaikat jibrail...dgn izin allah..hanya ade 2 org yg mempunyai 7rabbikum..salah satu sultan ibrahim...sudah mangkat....tinggal 1..masih hidup..ade di johor... biarlah rahsia..jika ade jodohnya n keizinan ALLAH anda akn berjumpe orgnye...tinggi budi pekerti..idupnye sgt2 merendah diri...suke bersedekah n menolong org wlwpon idupnye susah..rumahnya kecil.tp di dlmya kelihatan sgt luas n tenang...bersamanya ada ramai rijalul ghaib seperti embah jagat,mbah dandiar,tok panglima hitam(muar),tukang emas(raja rijatul ghaib)dan lain2...istimewa sungguh pemberian ALLAH padanya..dari mereka lah sy memgenal sedikit sejarah2...senang cite cari lah guru..n jgn kite lupe semuenye kerana ALLAH..segale kelebihan dtgnye dari ALLAh...hati kite kene yakin dgn ALLAH
ReplyDeletebole saya jumpe saudara?saya anak jati johor....ingin rasenya mengetahui dgn lebih mendalam....
Deleteassalamualaikum tuan terlebih dahulu saye ingin memohon maaf mengenai yg tuan ceritakan,saye tahu orangnye selama ini yg tuan cari yg berada di jahor bahru..kalau ingin tahu lebih lanjut ..sila hubungi di talian ini(601127347408) ,wasalam..
DeleteBoleh saya tahu namanya dan tinggal dimana
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteassalam semua..benarkah ada ayat 7rabbikum
Deleteassalam tuan..saya berminat mengetahui kisah ibrahim dan seorang lg yg mempunyai kelebihan..
DeleteAsalah seorang anak murid dandiar adalah atuk angkat saya yg berada di air hitam tapu dah meninggal dunia.... beliau ada menceritakan pasal cerita sultan abu bakar menghentakkan kaki di tambak johor
ReplyDeletekisah tambak johor itu ada lagi kisah nya...tapi mengenai ilmu itu benar kerana ilmu ilmu seperti ini ada cuma tiada di dalam buku dan kebanyakan nya dari turun temurun...budak zaman sekarang susah untuk percaya dan suka mempertikai kan ilmu ilmu yang tiada di ajar di sekolah dan uitm or yang ada master pun x belajar benda seperti ni kecuali di cari dan ada bahgian nya memang...zaman makin moden ilmu ilmu lama akan ilang dan jarang budak budak muda belajar ...
ReplyDeleteIlmu org2 melayu dulu2 byk diturunkan secara lisan tidak dicatat. dari 10, 9 ja yg turun.. tu pun kena byk bersabar baru dpt.. melayu sekarang byk dh tak tau... budak2 muda leka pemodenan tak pandang dh ilmu2 ghaib ni. Adat dan adab dh makin hilang sama nfan ilmu org dulu2
ReplyDeleteSaya keturunannya... arwah datuk ada mengisahkan hal dia...semasa saya kecil pernah lihat gambar beliau di rumah datuk saya.. smart orgnya...tinggi..segak..
ReplyDeleteBila saya sekolah menengah...tanya datuk saya..mana gambar Buyut ...Yaie..dia jawab semuanya ghaib gambar dan bersama2 kitab primbon setebal 3kaki lebar dan panjang pun 3 kaki serta sebilah pedang... semuanya tiba2 ghaib...
Saya tahu sedikit sebanyak sejarah perjalanan moyang saya..... inshaAllah dia masih hidup...saya akan kenalinya bukan melalui wajah..hanya dia seorang yg mempunyai tapak tangan yg berbeza...dia Moyang saya...
Cerita cerita berhubung dengan Dandiar seperti di atas semuanya betul kecuali masa perkara perkara yang pernah berlaku adalah di zaman Sultan ibrahim al masyhur. Tambak Johor itu sendiri telah dibena oleh Sultan Ibrahim al masyhur dibiayai oleh baginda sendiri tanpa bantuan dari mana mana pihak. Baginda adalah antara orang yang terkaya didunia ketika itu.
ReplyDeleteAssalamualaikum maaf semua..Jikalau saya terkasar bahasa..maaf saya.saya hanya insan biyasa yang selalu tabah menghadapi ujian.. Walaupun hidup saya miskin, tak apa saya punya hati dan perasaan yg paling penting ikhlas menerima balasan bagi menyeberang keberanian... saya mohamad fauzi bin surahman. Sy bru nak kenal erti kehidupan duniawi sekarang..
ReplyDeleteSaya bnyak benda yang sedang mencari.. Jikalau tuan ada guru yg adil lgi bijaksana.. saya ingin berlajar...saya ada terjumpa satu pingat gangsa tahun 1895
Di dlm yang saya tengok banyak benda yg penting bagi diri saya..
Saya seorg yg jujur dan ikhlas berjuang untuk lengkap kan kehidupan dunia ini...maaf zahir batin yang membaca.. saya mohamad fauzi bin surahman
Tinggal di kempas JOHOR bahru
Umur saya bru nak masuk 25tahun
Tpi saya hidup berdikari.
Saya seorg yg jujur dan ikhlas berjuang..
Saya tinggalkan number hp saya.
Jikalau tuan ada guru yg adil dan saksama.. saya 1001 sudi untuk belajar, kisah negara kita ini..
0127434366/0107146246
Call sahaja,
Terima kasih banyak.. Assalamualaikum
Klau jmpa rimau tu sebut je nama nabi sulaiman,tpi ada ayat dye ringkas je blh tgk dkt internet
ReplyDeletePenyakit Umat Islam Masa Kini
ReplyDeleteDaripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)
Perangkap Riba
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya” (HR Ibnu Majah)
sy nak info lebih lanjut g ..
ReplyDeleteAsalamualaikum nak Tanya pasal keturunan raden dandiar lebih lanjut
ReplyDelete