EKSKLUSIF mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN
JOHOR BARU: Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah menasihati putera-putera dan puteri baginda supaya jangan terlibat dalam sebarang kejadian yang boleh memalukan keluarga diraja Johor.
Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim telah menasihati putera-putera dan puteri baginda agar mengadap dan mendapatkan kebenaran daripada Tuanku Sultan sebelum keluar dari negeri Johor.
“Saya telah menasihati anak-anak saya supaya mendapatkan kebenaran sebelum ke Kuala Lumpur atau pun Singapura kerana mereka boleh sentiasa sahaja terdedah kepada provokasi atau mungkin ada yang cuba mencari masalah dengan melakukanprovokasi,” titah baginda dalam temuramah eksklusif dengan mStar Online dan The Star di Istana Pasir Pelangi di sini baru-baru ini.
Titah baginda lagi, sekiranya mereka berada di dalam situasi yang boleh mendatangkan masalah, nasihat baginda ialah, segera meninggalkan tempat tersebut.
Sepanjang temuramah itu, baginda Sultan menegaskan adalah tidak adil untuk pihak lain mengaitkan sesiapa sahaja dengan gelaran “Tengku” atau “Tunku” yang terlibat dalam pergaduhan atau sesuatu yang tidak elok dengan keluarga diraja Johor.
“Adakah kami pencetus masalah? Kami bukan pencetus masalah. Saya sentiasa mengingatkan anak-anak saya supaya menghormati orang lain. Jangan terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memalukan keluarga diraja Johor. Orang mahu melihat kamu melakukan kesilapan. Jadi hindar dari segala provokasi dan masalah.
“Tetapi itu pun saya sentiasa ingatkan pengawal keselamatan supaya jangan berkasar dengan orang awam tetapi mereka juga ada tanggungjawab dan peranan yang perlu dilakukan. Orang mungkin salah faham dan berasa iri hati. Sebab itulah saya sentiasa ingatkan anak-anak saya supaya jangan terlibat dalam sebarang situasi yang boleh mencetuskan masalah,” jelas baginda.
INSTITUSI RAJA-RAJA
Kepada satu soalan, Sultan Ibrahim menjelaskan, sama ada institusi raja-raja masih lagi relevan dengan era milenium ini perlulah dilihat dari konteks sesebuah masyarakat, negara, adat, budaya dan sejarah.
“Malaysia ada sejarah dan budayanya sendiri dan Kesultanan Johor telah sedia wujud sejak tahun 1885 lagi. Di dunia lain mungkin ada Raja yang disingkir...jadi kita perlu tanya kenapa Raja-Raja disingkirkan. Di negara kita, Raja-Raja adalah sebuah institusi yang berkait rapat dengan sejarah, adat dan budaya bangsa itu sendiri.
“Hari ini, Raja-Raja memainkan peranan check and balance di dalam sebuah negara. Sebab itulah Raja-Raja sentiasa berada di atas politik dan tidak mencampuri urusan politik. Jadi nasihat saya ialah, jangan mempolitikkan institusi Raja-Raja kerana itulah yang dipersetujui apabila kita membentuk negara ini.
BLOG
Sultan Ibrahim turut menyatakan pandangannya mengenai tulisan-tulisan yang muncul dalam laman blog dan internet mengenai beberapa isu khususnya yang berkaitan dengan institusi raja-raja.
Titah baginda; “Sejak akhir-akhir ini, saya ada ikuti beberapa tulisan di dalam blog. Ada yang tulis perkara yang bukan-bukan. Tetapi nasihat saya ialah jagalah adab dan bahasa kita. Sesetengahnya menulis menggunakan bahasa yang tidak sesuai langsung untuk dibaca.”
Jelas baginda, ketika berlangsungnya program Kembara Mahkota selama empat hari baru-baru ini, para blogger turut dijemput untuk menyaksikan sendiri bagaimana keluarga diraja Johor berinteraksi dengan masyarakat.
“Mereka boleh saksikan sendiri apa yang saya buat sepanjang empat hari itu. Dan sesuatu yang sangat-sangat menyentuh perasaan saya ialah, jika rakyat boleh menunggu di tepi jalan selama berjam-jam hanya untuk bersalaman dan bercakap dengan saya, maka saya patut tengok dan menjaga hal ehwal rakyat saya. “
BUKAN CARA SAYA
Tetapi nyata Sultan Ibrahim, pada masa yang sama, bukanlah menjadi cara dan gaya baginda untuk memberitahu kepada umum apakah yang telah baginda lakukan untuk membantu masyarakat secara amnya dan juga secara khususnya.
“Bukanlah menjadi style saya untuk mengumumkan setiap satu perkara yang saya lakukan untuk rakyat...tapi mereka yang telah menerima sesuatu daripada saya tahu apa yang telah saya lakukan untuk membantu rakyat negeri saya.
“Namun begitu saya juga sentiasa mengikuti apa yang dilaporkan oleh media kerana bagi saya komen media sangat penting kerana media sentiasa berada bersama rakyat untuk melaporkan keluh kesah mereka...saya perlu maklum balas daripada media untuk memahami dan mengetahui apa lagi yang boleh saya buat untuk rakyat saya.
“Saya tidak pernah umumkan apa yang saya beri kepada rakyat saya tetapi saya perlu tahu apakah reaksi rakyat terhadap saya,” jelas Sultan Ibrahim.
Dalam hubungan ini Sultan Ibrahim menegaskan bahawa baginda mahu putera-putera dan puteri baginda memahami hal ehwal rakyat dan masyarakat.
“Anak-anak saya kena tahu tentang rakyat dan saya mahu mereka bertemu dengan rakyat dan badan-badan bukan kerajaan sekerap yang mungkin...bukan sekadar turun menunaikan solat Jumaat bersama rakyat sahaja.
URUSAN PERNIAGAAN
Sultan Ibrahim juga menjelaskan bahawa segala urusan perniagaan yang diuruskan baginda selama ini akan diserahkan kepada putera-putera dan puteri baginda.
“Saya tidak lagi boleh meneruskannya kerana kedudukan saya sebagai Sultan tetapi saya akan melatih anak-anak saya untuk menguruskan perniagaan mereka sendiri.
“Mereka harus belajar bagaimana hendak menguruskan perniagaan ini. Saya belajar segala-galanya dari bawah. Saya menguruskan perniagaan saya sendiri sejak saya menjadi Tunku Mahkota Johor lagi. Segala urusan di dalam istana, pembayaran gaji kakitangan, staf peribadi Almarhum ayahanda saya semuanya saya yang uruskan.
“Tetapi sekarang sudah tiba masanya untuk saya mengajar anak-anak saya bagaimana hendak mengurus perniagaan mereka.
“Saya mempunyai ladang kelapa sawit seluas 40,000 ekar di negeri Johor. Semuanya saya uruskan sendiri. Dari membeli biji benih sehingga kepada menanam, menuai, membaja, semuanya saya belajar sendiri.
“Saya mahu anak-anak saya juga lakukan perkara yang sama. Saya sedang membina rumah di tengah-tengah ladang saya dan saya mahu mereka duduk di ladang dan belajar dari bawah.
“Saya akan hantar mereka ke Felda untuk mempelajari pengurusan ladang kelapa sawit daripada Felda serta perjalanan perniagaan kelapa sawit,” jelas Sultan Ibrahim lagi.
40000 ekar ladang kelapa sawit. pasni kang ade plak pencacai duk ngata Sultan amik ladang rakyat ..
ReplyDeleteSiape yg nak cakap sultan ambil ladang rakyat sila bg bukti. Jgn pandai berkata2 kat blög je.
Deletebetul tu, org johor kalau 1000-20,000 ekar ladang sawit tu biasa. ape tah lagi sultan. ape nak heran. harta cari sendiri, yg tak puas hati tu sebab takde tak nak berusaha,pemalas. jangan jaki sangat. kan..?
DeleteBerapa ramai la orang Melayu Johor yang mampu beli apartment di 1 Tebrau tu ye agaknya..
DeleteDaulat tuanku..Sembah Junjung Kasih, Tuanku.
ReplyDeleteSaya mengikuti perkembang dengan penuh perhatian dan fikiran. Pertanda baik untuk instituit Raja dengan isu kini. Sekurang kurang kita ' aware' akan keadaan. Raja raja perlu kehadapan kepada ' wind of change' yang melanda generasi Melayu era ini. Syabas Tuanku kerana ' Berani dan bijak' dalam menghadapi ' isu' ini. Harap saya yg ikhlas, raja raja melayu, perlu melaku ' lebih' untuk membentuk imej yang lebih jitu yang di sanjung oleh ' mereka mereka yang muda ini'.Jangan berpaut pada dahan yg membawa rebah..Salam, Daulat Tuanku.
Saya setuju dengan Tuanku. Semuga putera-puteri Tuanku dapat menjaga diri daripada menjadi bahan kutukan orang dek kerana kelalaian sendiri...Biar kita diam, tapi diam kita berisi.
ReplyDeleteInshaAllah, mudahan Allah merahmati Baginda dan smue Muslim
DeleteDaulat Tuanku, Ayah saya mengenali Tuanku sejak di EC MSAB lagi katanya. Tahun 1977 semasa dia form 5, Tuanku bersama dia dan beberapa rakan lagi selalu bermain buka buku di library selepas penat mentelaah. katanya bukan apa kita main jentik tangan je dan kalau Tuanku ketika tu boleh di jentik dan reda dengan kekalahan jadi tak mustahil sekarang ni tuanku seorang yg benar2 berhati mulia dan tak meninggi diri. Ayah begitu sedih bila orang menghina tuanku. mereka tidak mengenali tuanku secara dekat jadi ayah sarankan tuanku lebih tegas dan jangan beri peluang mereka menghina tuanku.
ReplyDeleteBatu kalau hari-hari kena titisan air pun boleh berubah bentuk, inikan pula hati manusia. Kalau tuduhan-tuduhan semua tu tak betul, Tuanku hanya perlu saman & lawan di mahkamah macam biasa.
DeleteRakyat biasa tak perlu guna 'ugutan' untuk melawan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Sultan. Lawan 'bukti' sama 'bukti'. Cakap kotor, lucah kita tak mahu.
Biar telus, biar semua tahu siapa betul, siapa salah. Setakat cakap, siapa-siapa pun boleh buat.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBagi sayalah, ahli kerabat yang paling saya sanjung ialah Raja Zarith Sofiah.
ReplyDeleteShe is a humble princess, received Oxford education and involved with many charity organisations like Mawar and Red Cresent Society. Infact she did a lot of work to ease the suffering the people affected by the December Great Flood.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete