Social Icons

Sultan Johor murka terhadap Nizar


June 14, 2012

Sultan Ibrahim bertitah tindakan bekas Menteri Besar Perak itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor.




NUSAJAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
“Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum 
Sultan Iskandar
Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?
“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.
Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?
Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.
Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”.
Pepatah Melayu
“Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.
Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.
Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.
“Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.
Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini,” titah baginda.
Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.
Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.
“Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah “musang yang berbulu ayam” ini,” titahnya.
- Bernama

33 comments:

  1. aku bangga menjadi rakyat johor serta bersultankan raja johor...Daulat Tuanku!

    ReplyDelete
  2. Mudahan Allah s.w.t memberkati tuanku. Allahuakbar! Daulat Tuanku!

    salam dari Anak Negeri Sembilan

    ReplyDelete
  3. Sebagai anak Perak saya amat malu dgn tingkah laku Nizar yg penyibuk dan menjatuhkan martabat negeri kelahiran saya di mata sahabat2 yg merupakan rakyat Johor!

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. daulat tuanku....ALLAH PELIHARAKAN SULTAN....

    ReplyDelete
  6. ko kurang ajar nizar...jgn jejak kaki di negeri johor...rakyat johor xder yg bising so ko bukan rakyat johor jangan la sibuk..DAULAT TUANKU

    ReplyDelete
  7. Daulat tuanku saya ucapkan, khas untuk tuanku sultan

    celaka bangsat saya katakan, khas untuk sinizar setan!

    ReplyDelete
  8. "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya.."
    "Jerat tak mungkin lupakan pelanduk"
    "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya turun ke tanah juga"

    Kita tunggu dan lihat saja tarikh dan waktu kejadiannya..

    DAULAT TUANKU !!

    ReplyDelete
  9. Allah maha besar .... allah akan sentiasa memelihara Tuanku yg disenangi, disayangi dicintai hamba rakyat. kami anak johor walau dimana kami berada diluar johor akan sentiasa mendoakan kesejahteraan tuan sekeluarga. Daulat Tuanku.

    kepada pemimpin seperti NIzar, Kesabaran anak johor ada hadnya dan jangan cuba buat provokasi yg boleh membuat harimau yg santai ni menerkam dan membahamm kamu. Setiap anak johor sentiasa mendoakannya. Kalau PUN Tuanku boleh memaafkan kamu tapi kamu kena ingat tidak semua anak johor dapat memaafkan kamu. Maruah Baginda adalah maruah kami anak2 johor.

    ReplyDelete
  10. ‘JIKA' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka.

    Adakah sesiapa dalam kalangan pemerintah kita yang lebih mulia, hebat dan gagah dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab? Beliau pernah ditegur, namun beliau tidak menghukum pengkritiknya.

    Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai manusia dengarlah!"

    Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: "Kami tidak mahu dengar."

    Lantas Umar bertanya: "Kenapa wahai Salman?"

    Jawabnya: Engkau berikan kami semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai."

    Kata ‘Umar: "Jangan tergesa-gesa wahai Salman."

    Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah.

    Kata Umar: Aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku."

    Jawabnya: Ya!

    Maka kata Salman: "Sekarang kami akan dengar". (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).
    Tiada hukuman pun, sedangkan itu ‘Umar bin al-Khattab. Apakah kita merasakan bahawa ada pihak yang lebih mulia dari Nabi SAW dan para al-khulafa ar-Rasyidin.

    Nabi SAW sendiri pernah dipersoalkan beberapa tindakan baginda seperti tentang isi perjanjian Hudaibiah yang baginda meterai.

    Baginda tidak menghukum pengkritik. Sedangkan baginda seorang nabi. Siapakah yang merasakan lebih mulia dari baginda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tidak mempertuhankan Sultan. Kami hanya membela Sultan kami dari dihina.

      Delete
    2. Tapi kes TMJ dengan Kerabat Di Raja Negeri Sembilan yang SUDAH dibuat laporan PDRM lenyap ditelan zaman bagai menghakis pasir di pantai. Mengapakah tiada sebarang tindakan lanjut? Selesai luar mahkamah?

      Delete
    3. Tolong la jgn bndingkn Nabi,Para sahabat dgn Sultan,
      Kami bukan mngagungkn atau mnyembah sultan,kami taat setia kepada pemimpin kami,tolong jgn slh phm,,

      Delete
  11. murka Sultan, murka juga rakyatnya !

    i'm proud to be JOHOREAN !

    Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  12. kepada Andang,

    ini masalahnya kedaulatan negeri johor dihina.. jgn nk dipersoalkan siapa yg lebih mulia dari baginda bro.. aku paham sesangat ayat kau tu, kau ingat rakyat negeri johor ni tak reti Agama ker..

    Rakyat negeri johor amat menyayangi negerinya dan rajanya lebih2 lagi dari segi politik masih terjaga dgn baik.. aku ckp ni bkn nak bukak cite HANG TUAH k... cuma nak kau sedar kita sebagai org melayu di Malaysia perlu jaga baik kedaulatan negara kita.. klu org luar dah ambil kedaulatan negara, kita pulak jadi merempat dlm negara sendiri..

    - ANAK JATI JOHOR -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof Khoo Kay Kim cakap Hang Tuah tu tak wujud bro, legenda atau khayalan semata-mata.

      Apa lagi, kita kena saman Khoo Kay Kim kerana memperlekehkan budaya Melayu.http://mynewshub.my/2012/01/16/khoo-kay-kim-dakwa-hang-tuah-bersaudara-dan-hang-li-po-tak-pernah-wujud/

      Delete
  13. Bila Nizar tweet sikit, heboh 1 Johor sampai nak berhimpun depan 'Kediaman Rasmi Istana Pasir Pelangi' (BUKAN Istana Bukit Serene). Tapi bila Pakcik Seekers tu terang-terang tulis hal-hal merapu dalam blog dia, takda sapa yang amek kesah. ADAKAH kandung blog Uncle Seekers itu betul yang menyebabkan pihak Istana Pasir Pelangi dan Polis Johor 'BUAT-BUAT TAK NAMPAK'? http://uncleseekers.blogspot.com/2012/06/sultan-johor-atau-kerabatnya-part-30.html

    Kalau betul, samanlah, post tweet ka, lapor Utusan ka, report polis ka. Ramai orang dah kompelin-kompelin takkan nak senyap ja.. Dengan Nizar boleh lawan takkan Uncle Seekers tak boleh???

    ReplyDelete
  14. saya respek dan kagum dengan NIZAR seorang yang berani menegur.....tak salah menegur utk kebaikan

    ReplyDelete
  15. Saya kecewa dengan Sultan yang kini sudah mula bermain politik. Hilang hormat kepada Sultan Johor yang saya kasihi suatu masa dahulu.

    Rakyat Johor yang hilang hormat kepada Sultannya.

    ReplyDelete
  16. https://twitter.com/#!/HRHJohor2

    TMJ baru je tweet "There is no cure for stupidity?" Tuanku pasti? Sure or not? It is called READING. As ketua agama you should know IQRA was the first word in Quran.

    Tuanku you must read more & less tweeting & less playing polo in the evening.

    Salam Israk Mikraj :)

    ReplyDelete
  17. https://twitter.com/#!/HRHJohor2

    Adehhh, bila ramai tegur TMJ reply camni plak kat twitter baginda. "Your approval isn't needed, no matter how much You think it is! Get a life."

    Tegur tak boleh, puji-pujian je boleh ye Tuanku ;)

    ReplyDelete
  18. Baca twitter budak ni https://twitter.com/#!/NajwanHalimi

    anti betul dengan Raja Raja Melayu..

    ReplyDelete
  19. TMJ tweet lagi "Hated by some, Confronted by none. Losers! Still living life and got no time for fools. You keep on writing and talking crap. I'm breathing the beautiful air and smiling. Thanking GOD every single day."

    Macam mana rakyat marhaen nak 'confront'. Nanti kena bedal macam Gomez :D

    ReplyDelete
  20. Saidina abu bakar merayu mintak rakyat agar menegurnya. Tapi ada orang TAK BOLEH ditegur.Tegur pakai tweeter pun dituduhnya nak jatuhkan Raja. Kalau tegur depan-depan, silap-silap memang kena campak masuk kandang buaya huhuhuhu...

    ReplyDelete
  21. tegur dn jatuhkan raja adalah 2 perkara berbeza.... harta banyak pon, jika rakyat hidup susah, mati nanti pandai2 la menjawab ngan tuhan.... tuhan x peduli samada harta tu harta kerajaan atau harta sendiri... fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  22. TMJ sila la jawab persoalan uncle seekers, kenapa bila nizar tweet bape kerat dia terus meragam rakyat johor punya maruah hanya pada no plat kereta je ke? kenapa rakyat johor dan tmj serta sultan johor tak saman uncle seekers. harap sila jawab persoalan uncle seekers yg telah dikemukakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TMJ taknak respond kat jawapan orang-orang bodoh. Baginda seorang je paling pandai huhuhu

      Delete
  23. uncle seekers tu bukan wakil parti politik pembangkang. so, kalau nak tembak xder yg nak sponsor m16 atau c4. tunggu dia ishtihar join DAP ker PAS ker PKR atau paling koman pun parti STAR sabah (asalkan bukan BN). lepas tu konpem punye berduyun-duyun yg ngaku hang tuah versi johor tampil nak mempertahankan kedaulatan raja-raja. org sendiri terang2 hina sultan (Agong) takpe, org laen tegur trus jatuh derhaka. dasar hipokrit!

    ReplyDelete
  24. sebaiknya sultan perlu neutral dlm politik tanpa menunjukkan kecenderungannya walaupun pada parti yg memerintah. kes Nizar ni bole dijadikan tauladan. di pihak kerajaan, hangat dihebohkan betapa derhakanya kenyataan tweet Nizar. di pihak pembangkang, didedahkan kartun dari kosmo yg menyindir pasal plat gak. tapi ironinya, sultan dan TMJ hanya murka pada nizar tanpa menyentuh langsung akhbar kosmo. Biasalah parti kerajaan dan parti pembangkang akan serang satu sama lain jika ada isu. cuma pendekatan double standard yg diambil ini la punca Sultan dan kerabat Johor terus-terusan dimaki di laman sosial. dipertikai oleh 2 pihak, tp hanya melatah pada sebelah pihak dan diam pada satu lg? lucu la. Skrg ni zaman internet so rakyat da x pecaye sgt media arus perdana. tgk citer artis okla

    well, rakyat M'sia pun ramai dah baca tweet Nizar dan kartun2 kosmo pasal plat ni. Ramai yg bercanggah pendapat tentang ianya teguran atau menghina. Yg pasti ia berpaksi pada perbezaan ideologi politik. bukan pasal isu taat setia pada raja seperti yg dilaungkan selama ini. Sekian.

    ReplyDelete