Social Icons

Majlis Pemasyuran yang diwarnai dengan kesedihan

Sultan Ibrahim Ismail mengesat air mata pada majlis pemasyuran. Yang hadir adalah Raja Muda Johor Tunku Ismail (kiri) dan Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid (dua dari kiri).

Ia semestinya menjadi detik paling sukar bagi Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar ketika menanti rombongan pegawai kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Johor Dato' Haji Ghani bin Othman mengadap untuk pengisytiharan pemasyuran di Dewan Singgahsana Istana Besar.

Menteri Besar, Dato' Haji Ghani bin Othman juga seolah-olah menahan air matanya ketika beliau  membaca Fasal 8 bagi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 mengisytiharkan Sultan Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Sultan Ibrahim yang telah dilantik sebagai Pemangku Raja Johor seteah Sultan Iskandar jatuh gering pada hari Jumaat kemudian bangun dari tempat duduknya untuk membaca sumpah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895.

Ikrar tulus baginda untuk menjadi seorang pemerintah yang adil telah diiringi dengan linangan air mata.

Beberapa pegawai kerajaan negeri nafas menarik nafas panjang untuk bertenang kerana semua hadirin sedang diselubungi kesedihan.

Di tengah-tengah kamera berkelip, air muka Sultan Ibrahim kekal tidak berubah ketika baginda membaca sumpah. Bagaimanapun, baginda tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa baginda amat sedih di atas kemangkatan ayahandanya yang disayangi dan dihormati oleh rakyat. Malah kerabat-kerabat yang berada di sana menyaksikan pengisytiharan itu juga turut menitiskan air mata.

Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai "Putera Rakyat" begitu disayangi rakyat jelata, ini terbukti semasa program tahunan Kembara Mahkota Johor lawatan ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman negeri ini.

Rakyat yang telah berkumpul di perkarangan Istana Besar untuk pengisytiharan awam, menyambut pemerintah baru mereka dan berjanji kesetiaan mereka kepada baginda dengan melaungkan “Daulat Tuanku!” sebanyak 3 kali.


Rakyat turut bersedih dengan kemangkatan Sultan Iskandar, ada yang dilihat mengesat air mata yang mengalir di pipi mereka tatkala Sultan Ibrahim turun melangkah dari tangga Istana Besar  untuk mengiringi jenazah untuk dibawa ke makam diraja.

Sama seperti ayahanda baginda, Sultan Ibrahim disayangi dan dihormati oleh rakyat. Daulat Tuanku!

Artikel berkaitan:

23-01-2010 - TUNKU IBRAHIM DIMASYHURKAN SEBAGAI SULTAN JOHOR KE-5