Rakyat Johor harus berbangga dengan Mejar-Jeneral Sir Sultan
Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor selama 64 tahun
1895 hingga 1959. Diputerakan pada 17 Sept 1873, baginda menaiki takhta pada 4
Jun 1895 berikutan kemangkatan ayahandanya Sultan Abu Bakar. Baginda telah dimashyurkan pada 7 Sept 1895 dan dimahkotakan
pada 2 Nov tahun yang sama.
Baginda menyambut
jubli intan pemerintahan pada hari keputeraan baginda ke-82, satu rekod dunia pada
masa itu. Di hari kemangkatan baginda pada 8 Mei 1959, baginda mungkin sultan
yang paling lama memerintah dalam sejarah Malaysia.
Sultan Sir
Ibrahim melalui kisah kehidupan yang berkotak-kotak. Baginda meneruskan
perjuangan ayahandanya dalam memelihara kemerdekaan Johor. Baginda juga mengekalkan
dasar hubungan mesra dengan Ratu England, tetapi dengan cara berhati-hati bagi
mengelakkan persahabatan itu dimanipulasi oleh British bagi tujuan
memperluaskan kuasa mereka.
Baginda memegang
amanah ayahandanya yang sebelum mangkat mewasiatkan supaya para warisnya berbakti
untuk kebajikan rakyat Johor.
Dengan penuh
semangat muda, Sultan Ibrahim bekerja bersama rakyat dalam membangunkan
tanahair mereka. Baginda menggalakkan penerokaan, tanaman baru dan memberi
sokongan peribadi kepada pembangunan negeri.
Sesuatu yang
harus dibanggakan, baginda dikatakan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan keatas
infrastruktur yang dibina dari hasil Johor tanpa meminjam satu sen pun dari
sesiapa.
Sultan Sir Ibrahim
bergiat aktif, berminat dan bangga dengan Johor Military Forces (JMF) yang
telah dibentuk oleh ayahandanya pada tahun 1886.
Kepimpinan baginda
telah menjadi faktor penentu dalam membawa JMF kekal sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1905, baginda
mengasaskan Johore Volunteer Forces
(JVF) dengan niat sebagai platform untuk melatih anak-anak melayu Johor untuk berkhidmat
didalam sektor kerajaan dan diserapkan ke JMF.
Empat orang
Menteri Besar Johor yang pernah menjalani latihan ketenteraan bersama JMF antaranya
ialah Abdullah Jaafar (ketiga), Abdul Hamid Yusof (kelima), Ungku Abdul Aziz
Abdul Majid (keenam), dan Onn Jaafar (kelapan).
Pada tahun 1936, baginda
melengkapkan JMF dengan kelengkapan yang lebih baik berbanding tentera British.
JMF juga dilengkapi
dengan mesingan Vickers yang dipasang pada kenderaan dan sesuai untuk digunakan
apabila beroperasi di dalam hutan.
(Gambar Hiasan) Vickers yang dipasang di kenderaan |
Pada tahun yang
sama, baginda membentuk Tentera Udara Diraja Johor di bawah penyeliaan Tentera
Udara Diraja untuk melengkapkan dan menjadikan JMF sebuah angkatan tentera yang
lebih kuat dalam mempertahankan negeri dan negara. Baginda percaya bahawa dengan
latihan intensif, orang Melayu berkebolehan menjadi juruterbang, penembak dan
juruteknik.
Sultan Sir Ibrahim menjalinkan hubungan dua hala
dengan melawat negara-negara asing.
Baginda telah
diterima menjadi tetamu kepada King George V Britain, The Marquis Tokugawa
Jepun pada tahun 1934, dan secara rahsia oleh Adolf Hitler pada tahun 1939.
Sultan Sir Ibrahim adalah antara individu paling kaya pada
masa itu. Baginda terkenal dengan kemurahan hatinya dengan menyumbangkan 16 kapal
terbang kepada British semasa Perang Dunia I. Baginda juga menderma sebanyak $12,000,000
kepada British semasa Perang Dunia II. Britain
menggunakan sebahagian daripada wang tersebut untuk memasang tiga biji
Monster-Gun yang berukuran 15 inci yang terbesar di luar Britain
dikenali sebagai Johor Bateri di Changi untuk pertahanan Singapura.
Pada tahun 1927, baginda telah mendermakan sebanyak $25,000 kepada
Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang
keseluruhannya berjumlah $100,000
Sultan Sir Ibrahim dilihat sebagai seorang yang berani
apabila mengetuai pegawai JMF untuk mengawal pemberontakan Sepoy di Singapura
pada tahun 1915, di mana seorang pegawai dan dua lelaki diberitakan terbunuh.
Keesokan harinya, pemberontak yang diupah telah melarikan diri ke Johor
menyerahkan senjata mereka di kaki Sultan dan mencium tangannya untuk pengampunan.
Baginda juga dilihat sebagai seorang pemburu yang berani
apabila memburu harimau dengan berjalan kaki ketika berada di hutan.
Apabila tentera Jepun sampai ke Johor Bahru pada 31 Jan 1942,
baginda menerima mengadap Panglima Jepun di Istana Bukit Serene. Tentera Jepun memberikan penghargaan dan
mengiringi baginda ke Batu Pahat atas sebab-sebab keselamatan. (Click)
Selepas British menyerah
kalah pada 14 Feb 1942, baginda kembali ke Johor Bahru dan bersemayam di Istana
Pasir Pelangi sepanjang pendudukan Jepun.
Sultan Sir
Ibrahim mengekalkan toleransi agama di kalangan rakyatnya. Baginda menganugerahkan
tanah kepada Kuil Hindu Arulmigu Raja Mariamman dan Gurdawara Sahib Sikh di Jalan
Ungku Puan dan gerakan Mason untuk Royal Lodge Johor di Jalan Thomson.
Sultan Sir
Ibrahim juga turut menolak pemilihan sebagai Yang pertama di-Pertuan Agong
pertama pada tahun 1957. (Click)
Datuk Abdul Rahim Ramli adalah Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor
Assalamualaikum admin, nak tumpang tanya sikit.. Apa tujuan royal lodge johor tu? perasaan ingin tahu hehe
ReplyDeleteSebarkan Freemason
ReplyDeletepemberontakan sepoy? sepoy tu diarah utk lawan tentera Uthmaniah oleh britsh, so sebagai org islam mmg la diorang x nak...well sejarah memang ditulis oleh pihak yg menang, no wonders yg buat mutiny tu dianggap pembrontak
ReplyDelete