Social Icons

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH,
D.K.,D.K.H.,D.K.M,D.M.N.,D.U.K., D.M.K., D.K.(KELANTAN), D.K.(PAHANG),D.K.(SELANGOR), D.K.(PERLIS),
D.K.(NEGERI SEMBILAN), D.K.(JOHOR),D.K.(TERENGGANU),D.K.(PERAK),D.K.(BRUNEI),D.P.(SARAWAK),
D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K.,D.H.M.S.,D.G.M.K., GRAND CORDON OF THE ORDER OF THE RISING SUN OF JAPAN,
BINTANG MAHA PUTRA ADIPRADANA(INDONESIA), ORDER OF RAMMATA THAILAND,
HONOURABLE KNIGHT GRAND CROSS ORDER OF THE BATH OF U.K., ASSO. KNIGHT ORDER OF ST. JOHN.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTANAH HAJJAH HAMINAH BINTI HAMIDUND.K.H. , D.K (KEDAH)
SULTANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN


TARIKH KEPUTERAAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.

Almarhum Sultan Badishah bergambar dengan Tunku Sofiah serta anakanda-anakanda Baginda 

SULTAN BERJIWA RAKYAT
Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Tuanku Sultan terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Tuanku Sultan, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda.

Tuanku Sultan juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat Baginda. Tuanku Sultan disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya.



PERTABALAN SEBAGAI TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH
Pada tanggal 19 Mac 1957, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negeri pada 12 Mac hingga Julai 1957.
Tuanku Sultan menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darulaman pada tanggal 14 Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang gemilang di Balai Besar Alor Star. Menurut catatan sejarah, baginda merupakan sultan kedah yang ke-3 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan-sultan sebelumnya iaitu Sultan Rijaluddin Muhammad Shah, Sultan ke-13(1626-1651) di Kota Naga dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan ke-22 yang juga berlangsung di Balai Besar.

PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE V 
Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-5 iaitu di antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Pada 21 September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dengan rasminya sebagai Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong V 

Adinda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik(Tuanku Bendahara yang kemudiaanya bergelar Raja Muda) telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. pada masa ini juga Paduka Ayahanda Saudara Tuanku , Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

PERTABALAN SEBAGAI TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE XIII 
Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Perisytiharaan Memegang Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sambil diperhatikan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil baginda serta empat Yang Dipertua Negeri di Balairong Seri, Istana Negara .



KEGIATAN SOSIAL 
Sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan, pada 7 April 1994, Baginda telah dipersembahkan Watikah Perlantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia(UUM) sehingga sekarang. Baginda juga menjadi Penaung DiRaja kepada berbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh Negeri Kedah.

KEGEMARAN 
Tuanku Sultan Abdul Halim mempunyai minat bermain golf. Sukan golf turut menjadi kegemaran Tuanku Sultanah. Selain golf, semasa muda Tuanku Sultan juga gemar bermain tennis dan billiard.Bagaimanapun, sekarang, Baginda hanya bergiat dalam pemainan golf. Walaupun Baginda gemar bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi yang lain iaitu melancong dan fotografi.

Baginda juga berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954. Baginda juga telah mengelilingi dunia pada tahun 1963. Baginda juga amat berminat kepada pemeliharaan haiwan di Istana Anak Bukit. Terdapat Taman Haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung-burung kegemaran Baginda dan juga binatang seperti kuda dan rusa. Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semulajadi dan senantiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.

No comments:

Post a Comment