Social Icons

Setujukah anda jika Sejarah kehidupan dan perjuangan Sultan Abu Bakar dibawa ke layar perak?




Hasrat merakamkan kehidupan Sultan Johor Moden pertama itu bagi mencetuskan jiwa nasionalisme, patriotisme dan kepemimpinan di kalangan generasi muda Johor malah negara pada hari ini.

Johor memerlukan pemimpin yang memiliki integriti, jujur, rela berkorban demi kemajuan bangsa sebagaimana yang ditunjukkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar yang belayar ke luar negara untuk mempelajari dan memperbaiki sistem pentadbiran Johor yang digunapakai sehingga ke hari ini.

Sultan Abu Bakar diangkat sebagai Sultan Johor termasyhur yang pernah berjuang pada abad ke-19. Kemasyuran baginda tidak terhad di Johor sahaja, malah sehinggakan ke England, Amerika, Jerman juga Turki dan memjadi sahabat baik Queen Victoria dan Sultan Hamid II.

Jika dapat direalisasikan filem berkenaan, sudah pasti melibatkan pelbagai pihak kerana perlu dihasilkan berpandukan pada kajian sejumlah buku biografi baginda dan pada masa sama, mengadakan sejumlah wawancara dengan keluarga baginda yang masih ada.

Diharapkan dapat direalisasikan.

4 comments:

  1. x mustahil...tapi sapa yg layak pegang watak Sultan Abu Bakar...bukan senang 2

    ReplyDelete
  2. sangat setuju. saya memang terfikir idea ni. sbb negara kita amat kurang filem yg seumpama ni. dan memang wajar jika kisah sejarah kesultanan johot diadaptasikan dlm bentuk filem pula. blh nampak dgn lebih jelas. :) mungkin.

    atau mungkin, filem dokumentari. yg santai tapi sarat dgn informasi. boleh disertakan sekali selingan penceritaan drpd keluarga Sultan Johor. itu idea saya dan pendapat saya lah. :) mudah-mudahan menjadi kenyataan. :)

    ReplyDelete
  3. Setuju. Kepimpinan sekarang kena mencontohi zaman pemerintahan Sultan Johor yg dulu. Ini baru digelar pemerintah berjiwa rakyat yg tak mengabaikan pembangunan negeri.

    ReplyDelete
  4. i sokong sepenuhnya kerana kesultanan johor moden ini merupakan satu subjek yang amat menarik dan sesuai untuk anak muda sekarang!!! please make it into a movie! it will be a hit!

    ReplyDelete