Social Icons

Kembara Mahkota Johor amat istimewa, unik: PM



2012/05/13

KULAIJAYA: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan program jelajah Kembara Mahkota Johor 2012 selama empat hari bermula hari ini yang merentasi perjalanan sejauh 1,012 km di Johor sebagai sesuatu yang amat istimewa dan unik. 

Perdana Menteri berkata, Kembara Mahkota Johor telah berjaya merapatkan hubungan di antara Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan pelbagai lapisan rakyat negeri ini.
"Kembara Mahkota Johor adalah satu program yang istimewa dan unik kerana program seumpama ini tidak terdapat di negeri-negeri lain. Ia menunjukkan Sultan Johor amat mengambil berat tentang rakyatnya," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kembara Mahkota Johor 2012 yang dihadiri oleh ribuan rakyat pelbagai bangsa di TJ Mart, Saleng, di sini. 

Perdana Menteri yang tiba di Johor Baharu petang semalam turut melepaskan konvoi bermotosikal Kembara Mahkota Johor 2012 yang diketuai oleh Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment