Social Icons

Tunku Mahkota Johor sokong Sultan Ahmad Shah kekal Presiden FAM


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah untuk menerajui badan induk itu.

Menurutnya, setiap pihak perlu bersikap positif sekali gus berhenti mencari kesalahan apabila pasukan kebangsaan gagal memenangi kejuaraan yang disertai.

“Kenapa bila pasukan kebangsaan menang, kita tidak mengkritik, tetapi bila kalah kita kritik dan minta pihak-pihak tertentu dalam FAM berundur?

“Jika bukan Sultan Ahmad Shah menerajui FAM, siapa yang layak?” katanya.

Tunku Ismail berpendapat, setiap pihak dalam pengurusan FAM sedang menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membawa kegemilangan kepada pasukan bola sepak negara.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan desakan sekumpulan penyokong bola sepak negara supaya kepimpinan tertinggi FAM dirombak termasuk Sultan Ahmad Shah berundur sebagai Presiden.– Sinar Harian

MUAT TURUN JADUAL LIGA MALAYSIA 2013 (Click)