Social Icons

Pablo Aimar sah milik Johor Darul Takzim

JOHOR BAHRU 14 Sept. - Pemain yang amat dinanti-nantikan para peminat bola sepak negeri ini, Pablo Aimar sah menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT) apabila mengikat kontrak selama lima tahun (2+3) bersama pasukan itu.

Bekas pemain antarabangsa Argentina berusia 34 tahun itu diperkenalkan pada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini hari ini.

Pemain yang bakal menyarung jersi nombor 10 JDT bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan berjanji akan memberikan yang terbaik untuk skuad Harimau Selatan.

Aimar yang pernah menyarung jersi beberapa kelab bola sepak terkemuka Eropah seperti Valencia, Real Zaragoza, and Benfica, berkata projek permainan bola sepak yang ditawarkan oleh Johor FA amat sukar untuk ditolak.

"Saya mahu terlibat dengan sukan bola sepak bukan sekadar dengan bermain tetapi dengan memberikan semula kepada komuniti terutamanya golongan kanak-kanak," katanya.

Sementara itu, Presiden Johor FA, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata adalah satu penghormatan kepada Aimar untuk bermain di Malaysia.

"Dia (Aimar) juga akan menjadi sebahagian akademi skuad junior," katanya.