Social Icons

Dua Puteri Tengku Long Ahmad Yang Menjadi Sultanah Johor


Tengku Long Ahmad Panglima Raja

Tengku Ahmad diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 01 September 1908 oleh bondanya Tengku Kembang dan mangkat pada 01.08.1989 dan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kota Baharu, Kelantan . Ayahandanya merupakan Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Long Abdul Ghafar ibni Al-Marhum Sultan Muhammad II. Tengku Ahmad berkahwin dengan empat orang isteri iaitu Tengku Zainab bt Al Marhum Sultan Muhamad IV, Tengku Mariam bt Tengku Mek Ismail, Cik Puan Hajjah Fatimah bt Datuk Abdul Hamid dan Tengku Kamariah bt Tengku Abdul Kadir Kamaruddin. Hasil dari perkahwinan ini beliau dianugerahkan tiga putera dan tujuh puteri. Tengku Ahmad juga adalah merupakan individu yang memahkotakan Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra semasa istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Kelantan. Yang unik nya berkenaan Tengku Ahmad adalah dua orang puterinya dari bonda (ibu) yang sama iaitu Cik Puan Hajah Fatimah bt Datuk Abdul Hamid telah menjadi Sultanah Johor. Tengku Ahmad sempat melihat kejayaan kedua-dua puterinya menaiki tahkta kerajaan Negeri Johor semasa hayatnya termasuklah kejayaan puteri bongsunya sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia.


Sultanah Nora Ismail
Sultanah Johor (1978 - 1981)
Puteri keenam Tengku Ahmad, Tengku Nora diputerikan di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan pada 10.10.1937. Berkahwin pada 13.11.1977 dengan Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim selepas kemangkatan Sultanah Aminah pada 14.09.1977. Baginda merupakan isteri ketiga Sultan Johor. Pada 28.10.1978 ditabalkan sebagai Sultanah Johor dengan gelaran Sultanah Nora. Selepas kemangkatan Tuanku, baginda lebih terkenal dengan panggilan Sultanah Nora Ismail. Baginda tidak dikurniakan sebarang cahaya mata dan sekarang menetap di Johor Baharu, Johor.



Sultanah Hajah Zanariah
Sultanah Johor (1981 - 2010)
Puteri ketujuh @ puteri bongsu Tengku Ahmad, Tengku Zanariah diputerikan di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan pada 05.07.1940. Berkahwin dengan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail sebagai Isteri kedua Tuanku Sultan (pada masa itu Tengku Mahkota Johor) pada 20.08.1961. Pada tahun 1962 Tuanku Iskandar telah berpisah dengan isteri pertamanya Hajah Kalthom Abdullah @ Josephine Ruby Trevorrow. Keadaan ini telah dapat memberi laluan mudah kepada Tengku Zanariah untuk menjadi Sultanah Johor. Tengku Zanariah ditabalkan sebagai Sultanah Johor pada 11.05.1981 apabila suami baginda menggantikan ayahanda mertuanya (yang juga abang ipar baginda) sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultanah Hajah Zanariah. Lebih membanggakan lagi apabila baginda telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia kelapan selepas Tuanku Iskandar menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelapan dalam tempoh lima tahun bermula 26.04.1984 hingga 25 .04.1989. Hasil daripada perkahwinan ini baginda dikurniakan seorang putera dan lima puteri. Selepas kemangkatan suaminya pada 22.01.2010, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Sultan Johor yang baru. Walau bagaimanapun Tuanku Ibrahim bukanlah anakanda kandung baginda. Sekarang baginda menetap di Johor Baharu, Johor.

8 comments:

  1. W'salam. harap blog ini dikunjungi juga pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  2. kebetulan di info Sultanah Nora. bukan Sultan Ibrahim yang berkahwin dengan Sultanah Nora tetapi Sultan Ismail Ibn Almarhum Sultan Ibrahim selepas kemangkatan Sultanah Aminah.

    ReplyDelete
  3. putera aries: Terima Kasihdiatas keperihatinan saudara. Sama²lah kita membangunkan blog ini. Tujuan blog ini dicipta agar generasi sekarang dapat membela sejarah negeri Johor.

    ReplyDelete
  4. Hasil daripada perkahwinan ini baginda dikurniakan seorang putera dan lima putera.
    AYAT 2 MCM SLH JE...

    ReplyDelete
  5. Bagus jugak...ada blog macam ni...boleh tau sejarah...'Orang' sekarang banyak yang tak tau sejarah....dah tu....nak bertelagah macam monyet...Apa2 pun syabas pada penulis blog...Harap dapat kemukakan maklumat yang tepat....

    ReplyDelete
  6. kawennn ramai sgt.... pening nk bace... -_-"

    ReplyDelete
  7. Siapa nma 5.puteri Tunku Puan?

    ReplyDelete