Social Icons

Genap Setahun Almarhum Sultan Iskandar Meninggalkan Kita


Al-Fatihah
Semuga Allah Menempatkan Roh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Bersama-Sama Orang Yang Beramal Solleh.
AMIN
2.01.2011, Sabtu - Hari ini genaplah sudah setahun Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Era Sejarah Moden Ke-4 meninggalkan kita semua. Pada tarikh 22 Jan 2010 bersamaan hari Jumaat, jam 19:15hrs Baginda mangkat di Hospital Pakar Puteri, Johor Baharu, Johor dalam usia 77 tahun setelah bertahta hampir tiga dekad memerintah Negeri Johor dan Jajahan Takluknya. Baginda meninggalkan seorang suri, Sultanah Zanariah serta 10 orang putera/puteri termasuk anak-anak hasil perkahwinan pertama baginda dengan YAM Enche' Besar Hajah Khalsom. Diputerakan oleh bondanya Almarhumah Sultanah Aminah di Istana Semayam, Johor Baharu pada tanggal 08.04.1932. Almarhum dimasyhurkan Sebagai Sultan Johor pada 11.03.1981 berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda baginda. Pada 15.11.1984 baginda dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-8 untuk tempoh lima tahun.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Maih teringan dna terbayang lagi pertama kali berhadapan dgn almarhum.sewaktu saya menjadi pembantu peribadi Tengku Teak TMJ sekarang. ketika kami membawa tengku teak dan adika dik ke istana bukit sereen. saya bertembung dgn Almarhum yg dalam perjalana menuju ke bilik peraduan Almarhum. saya menjadi kaku apabila di tanya SIAPA AWAK. yang ketikan itu saya sendang menunggu tengku teak di luar bilik peraduan. saya terus bersalam dan mencium tangan almarhum. tetapi terkedu. apabila baginda berkata awak jaga teak ( agaknya Almarhum mengagak )setelah saya ok saya ajwab ya. almarhum terus berkata jaga dia baik baik.d an baginda terus ke bilik peraduan.

    ReplyDelete