Social Icons

SEJARAH ISTANA TEMENGGONG DAN MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM, TELOK BELANGA

Oleh YANG BERHORMAT DATO' ABDUL RAHIM RAMLI

Dato Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim  ibni al-Marhum Dato Temenggong Sri Maharaja ‘Abdu’l Rahman (1810-1862)
SEJARAH AWAL TELOK BELANGA
Pada tahun 1815 Temenggong Daing Abdul Rahman Ibni Dato’ Abdul Hamid setelah menerima restu Sultan Mahmud III belayar dari Riau ke Singapura dan membuka sebuah penempatan Kampong Temenggong di tebing Sungei Singapura. Pada tahun 1819 British melantik Temenggong sebagai Pemerintah Singapura dan Tengku Husain Ibni Sultan Mahmud sebagai Sultan Husain Muazam Shah Sultan Johor. Atas nasihat British bahawa Kampong Temenggong tidak sesuai dari segi kesihatan Sultan Husain berpindah ke Kampong Gelam. Temenggong melewatkan perpindahan sehingga British bersetuju membayar gantirugi. Temenggong  bepindah ke Telok Belanga pada hari Jumaat 14 Mac 1824.

British enggan menerima hakikat diperintah oleh Temenggong. Telok Belanga adalah tanah pajakan dan dikenakan syarat sekiranya Temenggong atau waris-waris gantian nya berpindah dan bermastautin di tanah besar Johor, British akan membayar 15,000 Spanish Dollar kepada Baginda.

ISTANA TEMENGGONG DAN MASJID TEMENGGONG DAENG IBRAHIM

Istana Temenggong, Telok Belanga
Temenggong membina sebuah istana di Bukit Aur dikenali sebagai Istana Temenggong dan sebuah balai rong seri berbentuk lapan segi sebagai balai menghadap dan mesyuarah. Temenggong Daeng Ibrahim menjadikan balai rong seri sebagai masjid.

Pada tahun 1989 Almarhum Sultan Iskandar bertitah masjid itu dibina semula dengan dikekalkan rekabentuk asal dan dinamakan Masjid Temenggong Daing Ibrahim.


Untuk tujuan menjamin ketuanan Telok Belanga Maharaja Abu Bakar pada 15 Ogos 1864 melalui perundingan berjaya membatalkan syarat tanah. British bersetuju mengurniakan Telok Belanga dengan hak milik kekal. Telok Belanga adalah jajahan Johor dimana bendera Johor kekal dikibarkan. Imam, bilal dan kakitangan Masjid Temenggong adalah kakitangan kerajaan Johor. Khutubah Jumaat dan Doa Sultan disediakan oleh Jabatan Mufti Johor.


Temenggong Ibrahim ditabalkan di Istana Temenggong sebagai Dato’ Temenggong  Sri Maharaja pada 19 Ogos 1841. Tun Abu Bakar diputerakan disitu pada 3 Februari 1833 dan menaikki takhta kerajaan Johor dalam tahun 1862.


Temenggong Abdul Rahman, Temenggong Daeng Ibrahim dan 34 orang kerabat dimakamkan di Makam Temenggong bersebelahan masjid. Kesultanan Johor ziarah Makam Temenggong pada setiap Ramadhan, dan pada setiap sambutan ulangtahun hari keputeraan Raja.

Telok Belanga diabadikan dalam sejarah Johor sebagai tempat lahirnya birokrasi kerajaan yang ditubuhkan oleh Temenggong Ibrahim, dan ikon Johor Baju Melayu Telok Belanga ciptaan Maharaja Abu Bakar.

Penulis,
Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli
Yang DiPertua
Jumaah Majlis DiRaja Johor


3 comments:

  1. Bolehkah di katakan juga, dari Temenggong Daing Abdul Rahman Ibni Dato' Abdul Hamid ini jugalah bermulanya legasi kesultanan Johor?
    Kerana dalam petikan, baginda mendapat restu dari Sultan Mahmud III untuk membuka penempatan baru & dilantik pula oleh British sbg pemerintah tempatan.
    Boleh nyatakan perinciannya?
    Terima kasih

    ReplyDelete

  2. Terpaksa sy berucap dsni bahwa cita-citaku menjadi TKW sukses pulang di kampungku sudah tercapai, alhamdulillah.... awalnya aku ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa ..!!! terima kasih banyak kpd teman aku yg ada di singapura..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses aku baca. Aku bsa kenal nma nya Mbah Suro Guru spiritual PESUGIHAN ANKA GHAIB TOGEL 2D sampai 6D dan PESUGIHAN DANA GHAIB. . pikir-pikir kurang lebih 5 tahun kerja jd Tkw di HONGKONG hanya jeritan batin dan tetes air mata ini selalu menharap tp tdk ada hasil sm sekali. Mana lagi dapat majikanku galak, kejam, cerewet, salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh saja . . itu pun tdk cukup biaya anak di kampung. Tp sy beranikan diri tlpon nmr beliau untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Aku sudah bs pulang ke kmpung halaman buka usha skrg. jk tman minat ingin tlpn beliau . ini nmr nya +62 82354640471 & 082354640471 siapa tau anda bisa di bantu dan cocok sprti aku . aminn




    ReplyDelete
  3. Sejarah johor tercipta di tanah Singapura, tanah besar johor adalah tanah jajahan johor yang baru..kalau salah Saya mohon maaf..Salam Ramadhan 2019

    ReplyDelete