Dato’ Onn Jaafar pernah dipecat dan dibuang negeri oleh Sultan
Ibrahim, pada awal tahun 1927. Beliau dikatakan telah melanggar kedudukannya
sebagai seorang pegawai kerajaan dan rakyat Sultan Johor yang mengikut
kebiasaannya patut menghormati dan patuh perintah Sultan Johor.
Ketika di Singapura Onn membawa keluarganya memulakan hidup
baru dengan bekerja sebagai nelayan, buruh kasar dan penarik beca.
Dalam buku Dato’ Onn Jaafar Pengasas Kemerdekaan’ tulisan
Ramlah Adam (DBP,2005) ada menceritakan lebih lanjut tentang mengapa Onn
sanggup meninggalkan Johor dan menetap di Singapura. Bagi Onn beliau merasakan
pentadbiran Sultan tidak begitu menyenangkan. Kebebasan bersuara di Johor tidak ada, sedangkan Singapura sebuah kota
antarabangsa dan tidak tertakluk kepada pentadbiran Johor, memberi kebebasan
itu. (hal. 23)
Selama di
Singapura Onn membuat apa saja kerja untuk menampung hidup keluarganya.
Kemiskinan yang dihadapinya, pergaulan dan penelitian terhadap masyarakat
Melayu pada waktu itu mencuit kesedaran sosialnya. Beliau akhirnya memilih
pekerjaan sebagai wartawan. Onn memulakan tugasnya sebagai wartawan ‘Warta
Malaya’ pada 1 Januari 1930.
Melalui akhbar
inilah beliau banyak menulis tentang orang-orang Melayu yang masih tertinggal
di bidang ekonomi dan juga sosial. Beliau tidak henti-henti menggunakan sikap
masyarakat Melayu sebagai bahan tulisannya. Daripada soal kelemahan pelajaran
hingalah soal pelacuran di kalangan orang Melayu.
Onn juga dengan
beraninya menyelar dasar British terhadap negeri-negeri Melayu. Dasar liberal
British menggalakan kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu juga menjadi
perhatian Onn. Baginya kemasukan mereka secara langsung memberi kesan kepada
orang Melayu dari segi politik dan ekonomi.
Di samping
mengkritik sultan, Onn tidak lupa juga menerbitkan sebuah buku bergambar
tentang Keluarga di Raja Johor yang berjudul, ‘Selamat Johor”. Selepas sebulan
Selamat Johor diterbitkan, Sultan Ibrahim menulis sepucuk surat kepada Onn menitahkan
beliau mengadap di Istana Pasir Pelangi. Bermula dari sinilah hubungan Onn
dengan istana kembali pulih. Atas sokongan Tunku Ismail yang juga sahabat
karibnya semenjak dari kecil, Onn dilantik sebagai ahli tidak rasmi Majlis
Mesyuarat Negeri Johor.
Onn telah
menghasilkan sebuah buku sejarah bergambar yang dinamakan Selamat Johor pada
bulan September 1935. Majalah bergambar ini yang menerangkan sejarah negeri
Johor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim. Majalah ini merakamkan sejarah
Johor yang paling awal sekali oleh anak negeri Johor.
Onn menerbitkan
Selamat Johor dengan minat dan kesedarannya sendiri. Beliau mengambil masa yang
singkat sahaja untuk menyusunnya, iaitu lebih kurang tiga minggu sahaja. Onn
menggunakan percetakan Lembaga Malaya untuk mencetak 2000 naskah, tetapi ia
terpaksa ditambah sebanyak 8000 naskah kerana permintaan yang tinggi. Selamat
Johor mendapat sambutan luar biasa, walaupun harganya agak mahal iaitu, $1.00
senaskah. Orang ramai melihat Selamat Johor sebagai majalah yang berharga
kerana, inilah kali pertama mereka dapat melihat secara dekat kehidupan Sultan
Ibrahim dan kerabat diraja Johor. Ia juga menggambarkan rasa hormat yang tinggi
kepada keluarga diraja Johor oleh rakyatnya.
Sultan Ibrahim |
Her Highness Sultanah Helen Ibrahim. Photograph taken in 1934. |
Johor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim |
Tengku Abubakar D. K. etc. Tengku Aris Bendahara Johore. Born 17th February 1889. |
Their Highnesses The Sultan and Sultanah of Johore. 1934. |
The Ungku Aminah binti Ahmad, consort of The Tengku Mahkota & her two sons, Tengku Mahmood and Tengku Abdulrahman |
Pengawai-pegawai Johor |
Menteri Besar Johor |
Lagu Bangsa Johor |
Gambar dipetik dari http://14sept.blogspot.com/2009/03/selamat-johor.html