Social Icons

Protokol Pakaian Perkahwinan DiRaja


Baru-baru ini kawan diajukan satu persoalan yang menarik oleh salah seorang pemantau setia Kesultanan Johor membabitkan pakaian istiadat Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sewaktu menghadiri majlis perkahwinan The Duke and Duchess of Cambridgeiaitu Putera William dan Catherine Middleton di Westminster Abbey. Beliau mengemukakan kemusykilan mengapakah pakaian istiadat baginda berbeza dengan pakaian tetamu yang lain (rujuk gambar di atas).

Bagi menjawab pertanyaan ini, pertamanya yang perlu kita lihat adalah kod etika berpakaian yang dicatatkan dalam kad jemputan rasmi perkahwinan tersebut :

Menurut arahan Lord Chamberlain of Her Majesty's Household (sama fungsi dengan peranan Datuk Paduka Maharajalela), tetamu dikehendaki memakai tiga jenis pakaian iaitu UniformMorning Coatatau Lounge Suit. Justeru jika merujuk kepada gambar di atas, didapati Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah mengenakan pakaian berbentuk uniform sementara tetamu yang berdekatan dengan baginda sebagai contohnya KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang mengenakan pakaian Morning Coat. Dalam konteks protokol dan etika berpakaian acara rasmi di negara kita, Morning Coat lebih dikenali dengan istilah Morning Dress. Seseorang akan dikira menepati piawaian pakaian Morning Dress apabila menyarung aksesori pakaian berikut (Mokhtar bin Mohd. Tohar, Protokol danEtiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis, hlm. 284) :

1. Tail Coat hitam (kot berekor di belakang);
2. Waist Coat (kot dalam);
3. Kemeja putih berkolar rata menghala ke bawah (tanpa butang);
4. Tali leher berwarna kelabu;
5. Seluar hitam berjalur- jalur;
6. Stokin hitam;
7. Kasut hitam;
8. Topi Sutera hitam
Pada kebiasaannya di Malaysia, Morning Dress boleh dipakai dalam acara-acara rasmi berikut :
1. Istiadat Pertabalan (Hari Kalung)
2. Majlis Mengadap Hari Keputeraan
3. Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
4. Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong
5. Istiadat Pembukaan Persidangan
6. Majlis Mengadap dan Persembahan Watikah Bakal Duta Asing
Dalam konteks majlis perkahwinan diraja Putera William dan Catherine Middleton di Westminster Abbey, baginda memilih untuk mengenakan uniform
Uniform Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong


Pada peringkat awal melihat gambar ini, kawan menyangkakan baginda memakai pakaian rasmi alumni Royal Military Academy Sandhurst memandangkan baginda pernah menuntut di akademi tersebut sehingga tahun 1983. Namun selepas meneliti perincian pada peak capcollar deviceshoulder board dan juga sleeve lace; maka jelaslah uniform ini adalah Royal Navy Ceremonial Dress Nombor 1. Jika diperhatikan pada sleeve lace, maka ianya merupakan lambang bahawa pemakainya adalah bertaraf OF-10 ataupun Admiral of the Fleet. Selain itu, pemakaian aiguillettes berwarna emas dan disangkut pula di bahu kanan petanda ianya merupakan aiguillettesjenis 1st Class ataupun RoyalVisor Hat atau Hat Cap yang dipakai pula merupakan simbol dan insignia Royal Malaysian Navy Admiral's Peak Cap.
Pemakaian ini sebenarnya bersesuaian dengan kedudukan baginda yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Malaysia (The Supreme Commander atau Commander-in-Chief of the Malaysian Armed Forces), seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera. Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."


Mengapa Royal Navy Ceremonial Dress Nombor 1?

Timbul persoalan, mengapakah baginda memilih pakaian tradisi tentera laut semasa menghadiri perkahwinan diraja ini? Sebenarnya pakaian tentera laut merupakan pakaian protokol yang menjadi pilihan sebahagian besar orang kenamaan memandangkan tona warnanya yang gelap serta tidak terlalu menyerlah berbanding hijau (tentera darat) dan biru (tentera udara). Jika diperhatian, sebenarnya ramai tetamu yang lain juga mengenakan Royal Navy Ceremonial Dress Nombor 1 ini :

Gambar kiri adalah Putera Mahkota Willem Alexander dan Puteri Maxima dari Belanda dan gambar kanan adalah Permaisuri Sofia, Putera Felipe dan Puteri Letizia dari Sepanyol

Kebanyakan tetamu juga mengenakan Royal Navy Ceremonial Dress Nombor 1selain uniform berwarna merah yang mewakili pakaian Irish Guards

Bahkan jika diimbas kembali semasa istiadat perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer pada tahun 1981, Charles juga telah mengenakan uniform tentera laut dan tradisi ini berterusan tatkala beliau menghadiri majlis perkahwinan puteranya di Westminster Abbey.

Putera Charles semasa perkahwinannya dengan Diana


Putera Charles dan Camilla Parker Bowles semasa menghadiri perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton di Westminster Abbe

No comments:

Post a Comment