Daerah yang kini dikenali sebagai Pontian dahulunya adalah dikenali sebagai Kukup atau Kukub dengan pusat pentadbirannya terletak di Kukup Laut berhampiran pelabuhan Kukup yang ada sekarang.
Pada zaman dahulu kawasan pantai barat Johor dari Kukup hingga Benut adalah kawasan persinggahan dan perhentian perompak-perompak lanun yang berpangkalan di Selat Kukup. Mereka singgah dan berhenti di kuala Sungai Perhentian Besar dan Sungai Perhentian Kecil yang kemudiakenali sebagai Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil.
Memetik kata-kata dari Abdullah Munsyi dari hikayatnya: Selat Kukup masa itu adlah seperti suatu bilik. Kalau berapa besar angin pun di situ teduh juga. Maka oleh sebab orang hendak berlindungkan angin lalu masukkan ke dalam jalan Selat Kukup itu. Maka di situlah tempatnya ditangkap perompak, sebab ia boleh kelihatan orang, orang tidak boleh melihat dia. Maka sebab itulah kuat. Orang tersetempak didapatnya dengan senangnya.
Pada 1 Januari 1866, Tanjung Puteri telah ditukar namanya menjadi Johor Bahru dan dijadikan pusat pemerintah negeri Johor yang baru. Negeri Johor mula dibangun. Beberapa penempatan telah diteroka dan dibuka. Kawasan pantai barat Johor diletakkan di bawah jagaan Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang berpusat di Tanjung Kupang. Sementerara itu bahagian Johor Timur pula di Mersing dan Kuala Sedili dijaga Datuk Penggawa Timur yang berpusat di Tanjung Surat.
Pada tahun 1878 Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik, seorang saudagar dan hartawan Arab dari Singapura telah memohon kepada Sultan Abu Bakar Johor untuk membuka satu kawasan pertanian. Sultan Abu Bakar telah memperkenankan permohonan ini dan menyerahkan kepada Syed Muhamad Alsagoff untuk memilih kawasan yang diingininya.
Akhirnya pada tahun 1878, Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah belayar dari Teluk Belanga, Singapura menghala ke bara daya Johor di perairan Kukup dan Pontian untuk mencari kawasan yang sesuai bagi pertanian. Beliau telah memilih Kukup kerana Kukup pada masa itu cuma sebuah kampung nelayan yang didiami oleh orang-orang Melayu dari Melaka belum diteroka dan dibuka secara meluas. Beliau mengemukakan permohonannya keada pentadbir pantai barat Johor iaitu Datuk Penggawa Barat Abdul Saad bin Ibrahim yang ketitka itu berpusat di Tanjung Kupang.
Kawasan Kukup yang dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar ini meliputi kawasan-kawasan Sungai Permas, Sungai Pontian Kecil, Sungai Pontian Besar dan Sungai Jerqam Batu.
Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah meneroka dan membuka kawasan Kukup ini dengan membawa buruh-buruh dari Jawa. Tuan Syed Muhamad Alsagoff telah membuka ladang besr atau estet di Kukup dengan tanaman getah, sagu, kelapa, kopi, nenas dan nilam. Beliau menamakan estetnya itu Constantinople Estate. Hasil-hasil dari Kukup Ini dibawa ke Singapura dengan kapal melalui pelabuhan Kukup kerana masa itu jalan darat mengubugkan Kukup dengan Singapura belum ada.
Selain dari mengusahakan ladangnya sendiri, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga menyewakan tananhnay kepada pengusaha=pengisaha lain seperti Hevea Rubber Company dan Peneiro Planting Syndicaste dengan syarat syarikat-syarikat ini membayar cukai sebayak 2.5% dri hasil yang dikeluarkannya.
Selain dari itu, beliau juga memberikan penempatan kepada buruh-buruhnya berupa kebun-kebun kecil secara sistem pajak dengan cukai 1/10 dari hasil yang didapatnya. Beliau juga memberikan hak membuka kebun epada orang-orang perseorangan. Ramai orang-orang Jawa telaqh diberikan hak meneroka dan membuka kebun di kawasan tanah kurnia kepunyaan Tuan Syed Muhamad Alsagoff ini.
Lebih dari itu, Tuan Syed Muhamad Alsagoff juga mengeluarkan matawang sendiri yang digunakan untuk kegunaan buruh-buruh dan pekerja-pekerja di tanah kurnia atau konsesi Kukup ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahu lebih dalam dalam matawang yang dikeluarkan oleh Tuan Syed Muhamad Alsagoff, sila kunjungi Laman Web Kukup Net.
Dengan cara itu, Kukup yang dahulunya hutan rimba dan paya menjadi terbuka dan ramai orang mula berhijrah membuat kebun dan kampung halaman. Pelabuhan Kukup terus membesar.
Pada tahun 1906, apabila Tuan Syed Muhamad Alsagoff meninggal dunia maka urusan tanah konsesi Kukup di bawah kelolaan anaknya iaitu Tuan Syed Omar Alsagoff. Pada tahun 1914 apabila Johor mula menerima Penasihat British, beberapa perubahan cuba dilaksanakan oleh Inggeris. Ini termasuklah perubahan dalam pentadbiran tanah konsesi Kukup.
Pada tahun 1921, Kerajaan Johor dengan nasihat Inggeris telah melantik seorang pegawai Inggeris menjadi Wakil Penerima yang dikenali sebagai Receiver Alsagoff Consession bagi urusan tanah-tanah konsesi Alsagoff di Kukup itu. Wakil Penerima yang pertama untuk Kukup ialah Tuan B.R. Whitehouse. (Nama ini diabadikan menjadi nama sebatang jalan di bandar Pontian yang mulai tahun 1984 diubah namanya menjadi Jalan Dato' Ali Haji Ahmad.)
Pada tahun 1921 hingga 1926, ada 6 orang Wakil Penerima (RAC) untuk Kukup, mereka ialah:
1. B.R. Whitehouse 1921 - 1923
2. F.K. Wilson 1923 - 1924
3. Sheehan Jun 1924 - Julai 1924
4. Sbden Julai 1924 - November 1924
5. Miller 1 Disember 1924 - 31 Disember 1924
6. J. Huggin 1924 - 1926

Selepas tahun 1926, tanah-tanah konsesi Kukup diambil semula oleh Kerajaan Johor secra membeli dengan harga 1 juta Ringgit. Dengan ini Kukup ditadbir oleh Pegawai Pemungut Hasil Tanah bagi menggantikan Receiver Alsagoff Conession (RAC) dulu itu. Pegawai Pemungut Hasil Tanah yang pertama untuk Kukup ini ialah Encik Wan Hussein bin Endut. Nama ini kini diabadikan menjadi nama sebatang jalan disebelah Balai Polis Pontian menghala ke Jalan Parit Mesjid.
Pada tahun 1921, juga usaha-usaha telah dibuat bagi membina jalanraya dari pelabuhan Kukup ke Pontian bagi memesatkan lagi pembangunan Daerah Kukup.
Di sepanjang jalanraya yang jauh 12 batu (20 Kilomiter) ini juga terdapt pekan-pekan dan kampung-kampung seperti Permas, Penerok, Teluk Kerang, Rambah, Rimba Terjun dan Pontian Kecil serta Pontian Besr. Kampung-kampung baru terus dibuka oleh pendatang-pendatang dari Jawa, Sulawesi dan Sumatera.
Dengan ramainya penduduk-penduduk di daerah yang baru terbuka ini, Kerajaan merasakan perlu adanya sebuah mahkamah bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Dengan itu sebuah balai polis dan sebuah mahkamah telah dibuka di Kukup pada tahun 1924. Majistret pertama mahkamah ini ialah Tuan J.I. Miller yang juga menjadi Receiver Alsagoff Concession Daerah ini selama sebulan. Kemudian Engku Abdul Rahman pula menjadi majistretnya.
Untuk memudahkan perjalanan darat ke Johor Bahru, maka dibina pula jalanraya dari Pontian ke Johor Bahru. Dengan siapnya jalan ini pada tahun 1929, pekan Pontian Kecil berkembang pesat dan menjadi bandar utama Daerah Kukup. Ini disebabkan kedudukannya yang strategik di pertengahan dan persimpangan jalanraya dari Johor Bahru dan Kukup ke Baqtu Pahat dan Muar. Ia menjadi tempat persinggahan.
Akhirkany Pontian Kecil terus membesar dan layak menjadi Ibubandar untuk Daerah Kukup. Jabatan-jabatan Kerajaan mula dipindahkan ke Pontian Kecil. Akhirnya bandar Pontian Kecil menjadi pusat pentadbiran daerah. Lanjutan dari ini daerah yang mulanya dikenali sebaqgai Daerah Kukup berubah menjadi Daerah Pontian dengan ditadbir oleh Pegaqwai Daerah. Encik Wan Hussein bin Endut yang menjawat jawatan Pemungut Hasil Tanah Kukup meneruskan tugasnya sebagai Pegwai Daerah dan Pemungut Hasil Tanah.
harap tuan dpt kongsikan sejarah2 lama negeri johor di blog ini utk generesi muda...
ReplyDeletesaya bangga menjadi anak jati Johor yg berasal dr Pontian...anak wong jowo...
http://mohdnadri.com
ye betul tu,saya pun sangat2 brbangga jd anak jati pontian ni,terima kasih krn menceritakan asal usul daerah pontian
ReplyDeleteTUAN , SAYA SHARE DALAM WEBSITE WWW.KEREPEKJOHOR.COM INFO2 KESULTANAN JOHOR
ReplyDeletesaya berminat hendak mengetahui kisah badang yang katanya disekitar sungai kota tggi dan kisah lost world kota gelanggi....adakah maujud atau tidak?
ReplyDeleteSaya sedang mencari sumber sejarah pengangkutan awam daerah pontian sehingga 1969. Dimana agaknya maklumat itu boleh didapati
ReplyDeleteSalam tuan, mohon untuk share maklumatnya ye.....TQ..
ReplyDeleteTinggal sejarah saja.. sekarang kukup dan Pontian di kuasai orang2 cina yg ntah datang dari mana.. melayu terpinggir..
ReplyDeleteDikatakan atok-atok saya terdahulu terlibat didalam membuka sama-sama beberapa mukim di Pontian, seronok kalau dapat mengetahui lagi ditil kedudukan daerah-daerah di Pontian terutamanya Rimba Terjun dan Ayer Baloi
ReplyDeleteSaya mungkin ada terkait dengan Saudagar Dan Hartawan dari Arab,Tuan Syed Muhamad Alsagoff atau Nong Chik yang merupakan saudagar dan hartawan Arab dari Singapura.buku salasilah pun ada.saya berasal dari Pontian,lahir pun di Hospital Pontian.kampung halaman,saya tidak akan memberitahu,kerana tidak mahu menjadi perhatian.hidup ayah saya seorang yang penyantun,berbudi pekerti,mudah digauli,jujur,penyabar,dan seorang yang amanah.dikhabarkan dari ibunda saya bahawa jodoh ayah saya diletakkan tanggungjawabnya pada kedua orang tua.maka mencarilah si orang tua jodoh untuk anaknya,yang disayanginya,iaitu ayahanda saya.lalu rombongan sampai,iaitu di satu desa yang mempunyai tali persaudaraan.cuba mencari gadis2 yang sesuai molek untuk anak lelakinya,lalu ayahanda saya meletakkan syarat,iaitu putih.syarat yang cukup mudah dan perlu difahami.lalu si saudara yang didatangi rombongan menunjukkan gadis yang sesuai.setelah itu terjadilah ijab qobul.nenek dari ayah saya,merupakan bidan,asalnya dari Batu Pahat,dan memiliki tanah yang cukup luas.tetapi dari saudara2 atuk saya jugalah banyak yang tergadai.dikatakan pula atuk dari belah ayah saya hanya mempunyai kenalan-kenalan Besar,yang yang datangnya dari Kerabat DiRaja Johor.hal ini menjadi sahih dalam fikiran saya kerana ada khabar dari ibu dan ayah saudara bahawa di rumah atok yang hanya tinggal tapak di kampung pernah disinggahi oleh Kerabat Diraja untuk bermakan tengah hari.ayahanda saya semasa muda juga dikenali dengan silatnya,yang pernah khatam bersama 3 guru.manakala saya,merupakan anak yatim semasa berumur 16 tahun,dan arwah ayahanda saya kembali kerahmatullah,setelah saya dididik dengan agama yang cukup in shaa Allah,mengenai huku-hukum asas.sehingga sekarang,saya membentuk diri sendiri,yang terkadang terikut dari acuan barat,yang banyak menyesatkan.setelah membentuk diri sendiri,dengan tidak semena saya telah membentuk semangat yang sama,dari nenek moyang yang datang dari arab,iaitu menubuhkan matawang sendiri.matawang dinar,yang jauh dari riba',yang halal.maka barangsiapa berminat,pm me,0177424653
ReplyDeleteSaya berbangga kerana lahir di Pontian nie..
ReplyDeletehujung tanah
ReplyDeletePeminat membaca sejarah.
ReplyDelete