Social Icons

Bangunan Sultan Ibrahim Terlalu Banyak Jasamu



BANGUNAN tersergam yang asalnya tidak bernama  
di Bukit Timbalan, yang menjadi mercu tanda pentadbiran  
negeri Johor selama lebih 70 tahun, menyimpan 1,001 kenangan 
termasuk menjadi benteng pertahanan  ketika  Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Johor, Kota Iskandar di Nusajaya, yang juga diisytiharkan namanya oleh Sultan Iskandar pada 16 April lalu.

Mulai saat itu, sejak beberapa bulan lalu, BSI beransur-ansur sepi kerana perpindahan tersebut ‘membawa’ bersama-sama ribuan pengunjung setiap hari yang datang dengan pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan.

Idea pembinaannya dicetuskan oleh Sultan Ibrahim kerana pada masa itu pejabat kerajaan negeri terletak berjauhan di antara satu sama lain. Antaranya pejabat perbendaharaan terletak di Dewan Singgahsana Istana Besar, jabatan lain ditempatkan di bangunan lama Istana Zahrah, Istana Pantai manakala pejabat polis dan penjara di bangunan lama Temenggung Abdullah Temenggung Ibrahim (kini kawasan Jabatan Telekom).

Selain menyatukan semua jabatan tersebut di bawah satu  bumbung, pembinaan BSI dikatakan sebagai lambang keagungan Johor Darul Ta’zim yang pada ketika itu sedang membangun dan makmur sejahtera.

Hasrat baginda itu disampaikan kepada sebuah firma arkitek Messrs. Palmer & Turner yang beribu pejabat di hujung Jalan Mustafa, berdekatan dengan Jalan Gertak Merah, Johor Bahru. Syarikat itu kemudiannya terlibat sepenuhnya dalam mereka bentuk BSI.

United Engineers dan Ah Hong & Company pula dipertanggungjawabkan untuk melaksana kerja-kerja pembinaan BSI di atas tapak seluas 6.8 hektar di Bukit Timbalan, sebaik Tengku Mahkota Johor, Sultan Ismail menyempurnakan istiadat meletak batu asas ke tapak iaitu upacara pecah tanah pada 7 November 1938.

Dalam istiadat itu turut diadakan acara penyerahan surat kuasa menjalankan tugas di antara kerajaan negeri dengan kontraktor yang menyelenggara pembinaan BSI.

Sebuah peti azimat berwarna hitam yang terkandung di dalamnya sebuah al-Quran kecil, duit yang digunakan di Johor, pelbagai setem, naskah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, senarainama kerabat DiRaja, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan senarai menteri dalam Majlis Mesyuarat Eksekutif, ditanam ditembok hadapan bangunan.

Tiga konsep digabungkan dalam pembinaan BSI iaitu senibina Melayu Johor, keislaman dan kolonial. Jika dilihat strukturnya, monumen ini memberi persepsi bahawa ia wujud pada zaman penjajahan kerana senibina kolonial diterap pada sisi luar bangunan.

Imej bangunan kolonial sudah pun hilang dari pemikiran apabila melangkah masuk kerana ukiran dan awan larat pada bumbung serta dinding bangunan, ditatarias mengikut sentuhan Islam manakala kekuda bangunan melambangkan seni bina Melayu Johor.

Keseluruhan rangka struktur, dinding, lantai dan bumbung bangunan dibuat menggunakan konkrit dan konkrit bertetulang. Bangunan setinggi 11 tingkat ini mempunyai dua jenis rekaan bumbung iaitu jenis rata untuk keseluruhan bangunan manakala untuk menara, kubah berunsurkan Rumah Limas Johor.

Uniknya lagi BSI, ia mempunyai tiga pintu masuk iaitu melalui Jalan Ibrahim (pintu A), dari Jalan Dato’ Dalam (pintu B) dan jika menggunakan Jalan Abdullah Ibrahim, maka pengunjung boleh masuk menerusi pintu C.

Kerja-kerja pembinaan bangunan itu yang diiktiraf sebagai tertinggi di Bandaraya Johor Bahru selama 28 tahun sehinggalah wujudnya Menara Merlin pada 1970, mengambil masa hampir empat tahun untuk disempurnakan.

Bersesuaian dengan imej tiga konsep yang ditonjolkan serta material berkualiti yang digunakan, pembinaan BSI pada ketika itu, menelan belanja RM2.07 juta.

Sebaik siap dibina pada 1942, jamuan makan malam telah diadakan di Istana Besar pada 3 November 1942 sebagai meraikan pembukaan pejabat di Bukit Timbalan itu. Ia menempatkan 46 buah jabatan di bawah seliaan Setiausaha Kerajaan Johor dengan kekuatan 500 orang kakitangan awam pada ketika itu.

Dianggarkan 1,000 orang keluar dan masuk BSI membuat pelbagai urusan hampir setiap hari.

8 comments: