Social Icons

Sultan Johor dahului senarai penerima

KUANTAN 23 Okt. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendahului senarai penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang ke-81, esok.

Sultan Johor menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).

Seramai 15 orang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, lima menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 20 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 100 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang masing-masing membawa gelaran Datuk.

Penerima SSAP ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. Datuk Mohamad Salleh Ismail; Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Datuk Mohamed Apandi Ali; Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Hassan Abdul Rahman; Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Zakaria Sulung.

Panglima Operasi Udara Lt. Jen. Datuk Ackbal Abdul Samad; Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin; Pengarah Arctiquator (M) Sdn. Bhd. Datuk Sunny Ung Eng Huat; Pengarah Eksekutif Syarikat Sarawak Pulp Industries Sdn. Bhd. Datuk Ibrahim Mahmud; Pengarah Urusan IRDK Group of Companies Datuk Dr. Ramasamy Muthusamy.

Pakar Perunding Kanan Traumatologi dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Prof Datuk Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Subahan Kamal; Datuk Chin Seak Huat dan Pengarah Kiara Jujur Sdn. Bhd. Tan Kooi Chew.

Lima penerima darjah SIMP ialah Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W. Jones; Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Wira Zulkifli Zainal Abidin; Ahli Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd. Zihim Mohd Hassan; Pengerusi Dr. Mohamed Mydin dan Rakan-Rakan Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohamed Mydin Mohd. Musa dan Profesor Ulung Universiti Malaya, Profesor Dr. Looi Lai Meng.

Antara penerima DSAP ialah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon; Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek; Anggota Dewan Undangan Negeri Tahan, Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Mazlan Mohamad; Pengarah Kesihatan Pahang Dr. Nooraini Baba; Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd. Paiz Kamaruzaman.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia Lt. Jen. Datuk Pahlawan Abd. Razak Md Yusoff; Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Jamil Osman; Panglima 8 Briged Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Mohd Yusuff; Pakar Perunding Perubatan Kanan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Datuk Dr. Sapari Satwi; Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman dan peniaga Datuk Chan Ang Ngan.

Bagi darjah DIMP, antara penerima ialah Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Shahril Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah (Latihan) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Datuk Paramasivam Arunasalam; Ahli Dewan Negara Senator Muhammad Olian Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Haris Wong Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Bukit Aman SAC Huzir Mohamed dan penyanyi serta penggubah muzik Syed Mohd. Sobri Syed Kechik.

Seramai 27 menerima darjah Setia Ahmad Shah Pahang, 57 Setia Mahkota Pahang, 69 Ahli Ahmad Shah Pahang, 175 Ahli Mahkota Pahang, 126 Pingat Khidmat Cemerlang, dua Pingat Gagah Perwira, 153 Pingat Kelakuan Terpuji, 264 Pingat Jasa Kebaktian.

Pengamal media iaitu wartawan penyiaran TV3 Karam Singh Walia menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk manakala Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Rubiah Mohamed dianugerahkan AMP. - BERNAMA
Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment