Social Icons

Sultan Johor dahului senarai

Sultan Johor dahului senarai
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
2010/04/19

TPM penerima tunggal darjah kebesaran bawa gelaran Datuk Seri Diraja

IPOH: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mendahului senarai 919 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-82 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, hari ini. 

Sultan Ibrahim Ismail dianugerah Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK) pada majlis penganugerahan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini.
Cucunda Sultan Azlan, Raja Kecil Tengah Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah, pula menerima Darjah Yang Teramat Mulia Darjah Kerabat Azlanii II (DKA II). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi penerima tunggal darjah kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. Penerima tunggal darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri diberikan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Empat menerima Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri, tiga penerima Darjah Datuk Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, tujuh penerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk, tiga menerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan dan 48 penerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk. 

Penerima SPMP ialah Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Arifin Zakaria; Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim; Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Datuk Mohd Amin Shukeri Ali Akbar dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Muneyoshi Ueda. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mendahului senarai tiga penerima SPTS yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Dua lagi penerima SPTS ialah Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. 
Dua Exco kerajaan negeri antara tujuh penerima DPCM, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Mohamad Zahir Khalid dan Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Zainol Fadzi Paharudin. 

Penerima lain Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Datuk Jalilah Baba; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Puteh Rukiah Abd Majid; Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia ke Bosnia Herzegovina, Zulkifli Adnan dan Ahli Lembaga Pengarah NSTP, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak. 

Tiga penerima DPTS yang membawa gelaran Datuk Pahlawan ialah Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Tentera (ATM), Laksamana Pertama Mohamad Roslan Mohamad Ramli; Panglima Angkatan Kapal Selam merangkap Penguasa Operasi Kapal Selam Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Mohammad Rosland Omar dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim. 

Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Bhd, Zainul Arifin Mohammed Isa; bekas jurulatih bola sepak Perak, M Karathu; bekas atlit negara ke Sukan Olimpik, Asir Victor dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong, adalah antara 48 penerima DPMP yang membawa gelaran Datuk. 

Penerima lain ialah Orang Besar Jajahan Manjung; Ab Wahab Azizul Hasan; Bendahari Kehormat Persatuan Darul Ridzuan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Abdul Wahab Jaafar Sidek; Pengarah Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Prof Dr Abdullah Mohamad Said; Profesor Institut Kejuruteraan Mikro dan Elektronik Nano Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Burhanuddin Yeop Majlis; Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya, Prof Dr Mohammad Raduan Mohd Ariff; Timbalan Dekan Program Pasca Ijazah Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Patrick Tan Seow Koon; 

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak, Mohd Zahir Md Nagor; Pengurus Besar Kanan Bahagian Undang-undang dan Perhubungan Korporat Petronas, Mohammed Azhar Osman Khairuddin; Pengarah Eksekutif CIMB Bank, Sulaiman Mohd Tahir; Ketua Pengarah UEM Land Holdings Bhd, Wan Abdullah Wan Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), Ahmad Faizal Abdul Rahman. 
Aktivis NGO, Nik Mohd Kamil Nik Daud; Ketua Umno Beruas, Abd Manaf Hashim; Timbalan Ketua Umno Lumut, Ahmad Zamri Shamsuddin; Ketua MIC Kuala Kangsar, M Bhopalan @ Poobalan; Ahli Majlis Daerah Lenggong, Dr Ong Keh Ong; Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St Micheal, Vincent J Corkery; 

Selain itu, 13 menerima pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 62 penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 27 penerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 219 penerima Ahli Mahkota Perak (AMP), 254 penerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 251 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 12 menerima tauliah Jaksa Pendamai (JP) dan tujuh menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP). 



No comments:

Post a Comment