Social Icons

Peralatan-peralatan kebesaran diraja




COKMAR
Cokmar ialah dua batang tongkat pendek berhulukan kubah merupakan alat perang zaman dahulu. Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya ialah 81.32 sentimeter.



KERIS PANJANG DIRAJA

Alat kebesaran Melayu yang sangat dimuliakan ialah keris dan Keris Panjang Diraja adalah alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Keris Panjang Diraja adalah Keris Kerajaan dan merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, dari huli hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan diatas sampirnya diterapkan lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 Negeri-negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari 11 bilah keris negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.




MUSKAT
Muskat  merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Pegawai-pegawai Istiadat Istana  Negara. Baju ini berasal dari Negeri Muskat iaitu Negara islam yang berhampiran dengan Negara Iran. Muskat menjadi pakaian rasmi pegawai-pegawai Negeri Kedah. Pakaian rasmi ini mula dipakai pada tahun 1960 iaitu samasa pertabalan  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga yang diilhamkan oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj smasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baju ini telah diubahsuai daripada pakaian rasmi  Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kedah.
Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas bercorak awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras peha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok dalam majlis-majlis sempena Hari Pertabalan  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ,Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negei-negeri seluruh Malaysia dan Perasmian Sesi Penggal Persidangan Parlimen.


TENGKOLOK DIRAJA
Salah satu pakaian kebesaran Raja-raja Melayu ialah  Tengkolok Diraja. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-raja Melayu telah memakai  kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagai solek di ulunya, sebagai pakaian kebesaran. Bentok ikatan (solek)dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Kain ulu itu dinamakan ‘Tengkolok’ dan Tengkolok Diraja dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’ yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan Tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih dan di tengah-tengah bintang terletak lambang Kerajaan  Persekutuan yang berwarna-warni.


No comments:

Post a Comment