Sultan Mizan Dan Sultanah Nur Zahirah Selamat Pulang Ke Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) -- Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pada kira-kira 2.02 minit petang Isnin.
Keberangkatan balik baginda berdua ke Terengganu adalah bersempena tamatnya tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Sebelum itu, baginda berdua yang diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menaiki pesawat yang diiringi dua jet pejuang Sukhoi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketibaan baginda berdua disambut oleh anakanda Tengku Muhammad Ismail yang juga Pemangku Sultan Terengganu serta anggota kerabat diraja Terengganu yang lain.
Turut menyambut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah, ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat negeri.
Kira-kira 15,000 rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, warga institusi pengajian tinggi, dan golongan pelajar bertumpu ke jalan raya dari lapangan terbang hingga ke Istana Maziah sejauh kira-kira 16 kilometer bagi menyambut baginda berdua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment