Tarikh Peristiwa : 21-01-1948
|
Pada hari ini dalam tahun 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Sir Edward Gent sebagai wakil kerajaan British dengan Raja-Raja Melayu bagi negeri Johor, Pahang, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan termasuk Negeri-Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Perjanjian ini telah dibuat selepas gagasan Malayan Union mendapat tentangan hebat orang Melayu dari segenap pelosok negara. Desakan demi desakan dari seluruh negara telah memaksa Inggeris menarik balik gagasan Malayan Union dan digantikan dengan satu bentuk pentadbiran yang lebih selesa. Sesungguhnya Perjanjian yang ditandatangani di King's House (CARCOSA), Kuala Lumpur ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 yang telah mengembalikan kedudukan Raja-Raja Melayu dan beberapa syarat kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu. Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.
No comments:
Post a Comment