Tunku Ismail Sultan Ibrahim |
Torres, Güiza dan Fàbregas meraikan kemenangan apabila menjuarai Euro 2008 |
Daniel Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca yang kini beraksi bersama Getafe CF dalam saingan La Liga dianggap sebagai aset penting untuk menguatkan lagi jentera serangan Skuad Harimau Selatan bagi menghadapi saingan liga musim akan datang.
“Mengikut pasaran Eropah, Daniel G�iza bernilai kira-kira 1.6 juta euro (RM6.3 juta), bagaimanapun kos sebenar bayaran untuk mendapatkan khidmatnya tidak dapat didedahkan PBNJ.
“Johor memerlukan pemain berkualiti untuk menjuarai takhta liga, berikutan itu kami sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mempersiapkan diri,” titah Tunku Ismail pada sidang media di Istana Bukit Pelangi, petang semalam.
Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menyatakan pendirian untuk terus memikat Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo yang kini masih berada di dalam genggaman Red Warriors.
Kelantan berkeras untuk tidak melepaskan pemain terbaik final Piala Malaysia itu kerana masih memerlukan khidmatnya bagi memburu kejuaraan musim akan datang.
Khidmat Norshahrul amat diperlukan skuad Harimau Selatan selepas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu yang juga pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azmi Muslim bersetuju berhijrah ke Johor.
Selain itu, pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan seorang lagi pemain Kelantan, Nurul Azuan Roya juga bersetuju untuk beraksi bagi menguatkan skuad Harimau Selatan pada musim akan datang.
“Keputusan akhir perpindahan itu bagaimanapun terpulang kepada pemain itu sendiri sama ada untuk bersetuju atau tidak dengan tawaran diberikan.
PBNJ dikatakan sanggup menebus kontrak Mat Yo yang dianggarkan bernilai RM1 juta bagi memastikan dia dapat beraksi bersama skuad Harimau Selatan.
Tunku Ismail juga bertitah, bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad bakal menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim manakala Johor FA pula akan dibimbing Azmi Mohamad.
"Kita sedang mencari seorang lagi pemain import bagi menguatkan posisi tengah pasukan.
“Untuk itu, kita akan umumkan siapa pemain itu tidak lama lagi," titah baginda yang mahu mengembalikan kegemilangan Johor dalam arena bola sepak negara.