JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, tidak mempunyai akaun laman rangkaian sosial Facebook sendiri.
Menurut sumber terdekat istana, hanya dua orang putera Sultan Johor yang mempunyai laman rangkaian sosial tersebut iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, 22, dan adindanya, Tunku Abdul Jalil Iskandar, 20.
Selain kedua-dua putera tersebut, mana-mana laman Facebook yang mendakwa pengendalinya merupakan putera atau puteri kepada Sultan Johor adalah tidak benar sama sekali.
“Hanya Tunku Idris dan Tunku Jalil yang mempunyai akaun Facebook, yang lain-lain (termasuk Tunku Ismail) tiada.
“Malah, Tunku Idris dan Tunku Jalil juga tidak sewenang-wenangnya menerima permintaan mana-mana individu tidak dikenali untuk menjadi rakan dalam Facebook melainkan kerabat dan kenalan terdekat,” kata sumber itu ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian mengenai tindakan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai Tunku Ismail Ibrahim dalam Facebook.
Suspek yang dikenali sebagai Tunku Ismail Idris Umar (Click) telah memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail serta melayan komen-komen peminat yang menyangka dia adalah TMJ yang sebenar.
Suspek yang dikenali sebagai Tunku Ismail Idris Umar (Click) telah memuat naik gambar dan aktiviti Tunku Ismail serta melayan komen-komen peminat yang menyangka dia adalah TMJ yang sebenar.