Social Icons

Lagenda bola sepak Johor puji Tunku Mahkota Johor




PETALING JAYA: Bekas penyerang Johor Abbas Saad memuji presiden Johor FA Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi nafas baru untuk bola sepak Johor. Abbas adalah pemain Johor di era 90-an dan membantu Johor memenangi kejuaraan berganda pada tahun 1991.

Beliau juga merupakan penjaring terbanyak dengan 21 gol pada tahun itu. 

"Saya percaya Tunku Mahkota Johor dapat memulihkan bola sepak Johor," kata bekas pemain antarabangsa Australia itu.

"Baginda telah membawa masuk beberapa pemain berkualiti, termasuk  pemain bertaraf dunia dan pemain tempatan yang berbakat. Saya percaya Johor adalah pasukan yang kuat untuk menjadi pencabar kepada semua pasukan yang bertanding musim ini. "

Warga Australia itu berkata, dia masih ingat bagaimana Johor menjadi pasukan hebat pada era 90an, terutama ketika  memenangi dua piala pada tahun 1991 dibawah bimbingan jurulatih Australia Michael Urukalo.

Johor tahun 1991 Johor dianggotai beberapa nama yang hebat, dengan pemain import yang terkenal seperti Ervin Boban, Alistair Edwards dan Abbas manakala pemain tempatan terdiri dari pemain yang berbakat seperti Nasir Yusof, Khalid Shahdan, Annuar Abu Bakar, Sazali Nasir dan Hassan Miskam.

"Kami mendapat sambutan yang luar biasa ketika itu. Dengan tujuh penyerang di atas padang dan kami sentiasa bermain gaya menyerang," kata Abbas.

"Kami sentiasa menang dengan jaringan yang besar disamping permainan yang menghiburkan... orang ramai akan berpusu-pusu ke stadium setiap minggu."

Bagi saingan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dahulunya dikenali sebagai Johor FC telah dianggotai oleh pemain tengah Itali Simone Del Nero (Click) dan bekas antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza untuk cabaran musim ini.

Johor Darul Takzim yang dibimbing oleh bekas pemain antarabangsa Singapura Fandi Ahmad juga telah menandatangani pemain kebangsaan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Azmi Muslim, Muslim Ahmad dan pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha.

Abbas, yang kini merupakan pengulas sukan di Astro bagaimanapun memberi amaran kepada Johor Darul Takzim, walaupun dibintangi dengan beberapa nama besar, diharapkan pemain dapat memenuhi harapan tinggi daripada peminat dan pihak pengurusan.

"Saya harap pasukan ini boleh mencontohi pencapaian kita. Pasukan ini adalah baru dan belum mencapai apa-apa kejayaan lagi tetapi tekanan tetap akan mereka rasa, "kata Abbas.

"Pemain dalam pasukan ini harus sedar yang mereka dibayar gaji yang tinggi dan mereka mesti menunjukkan bahawa mereka layak dibayar dengan bayaran yang tinggi.

"Saya adalah sebahagian daripada kejayaan Johor pada masa lalu ... Saya benar-benar berharap untuk melihat Johor menjadi pasukan juara sekali lagi."

Johor Darul Takzim akan memulakan kempen Liga Super apabila menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur malam ini.