Social Icons

ALMARHUM SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM

SULTAN JOHOR KE 3 ERA MODEN
ALMARHUM SULTAN ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN IBRAHIM
(1959 - 1981)


 

DYMM Paduka Sri Sultan Sir Ismail al-Khalidi ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim DK DMN SMN GCMG KBE CMG DK(Brunei) DK(Selangor) DK(Trengganu)DK(Pahang DK(Perak) SPMJ SSIJ SPMK PIS Grand Commander of the Order of the Crown of Siam, Grand Commander of the Order of the Crown of Italy, Commander of the Order of the Star of Romania.

Diputerakan di Istana Semayun, Johor Bahru pada 28 Oktober 1894, adalah putera kedua (kekandanya meninggal semasa kecil) kepada  Mejar Jeneral DYMM Paduka Sri Sultan  Sir Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar.  Bondanya ialah  Sultanah Maimunah.  Mendapat didikan awal di Rose Hill School, Tunbridge Wells, Kent, Aldeburgh Lodge, Suffolk, Roydon Hall, Norfolk dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. 

Dilantik menjadi pewaris Kesultanan Johor dengan gelaran  ‘Tunku Mahkota’ di Johor Bahru pada 2 November 1895. Baginda adalah yang paling lama sekali memegang jawatan Tunku Mahkota dalam sejarah. Pada 12 Mac 1934 di lantik kepangkat Mejar dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (JMF). Pada 8 Mei 1959 Tunku Ismail dilantik  sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya yang mangkat dan dimasyhurkan pada 6 June 195 seterusnya ditabalkan di Istana Besar, Johor Bahru pada  10 Februari 1960.



Baginda menzahirkan bintang Darjah Setia Sultan Ismail JohorYang Di Berkati pada 28 Oktober 1974. Baginda  juga merupakan Kolonel Komandan JMF dari 1959 – 1981 dan dilantik menjadi Keptan Yang DiPertua TLDM.  Baginda telah dilantik menjadi Canselor UTM dari 1978-1981.

Baginda berkahwin dengan mengahwini   Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad pada 30 Ogos  1920 (5 Februari  1905 -   14  September 1977),  kemudian bergelar DYMM Sultanah Aminah pada 28 Oktober 1959 dan ditabalkan pada 10 Feb 1960. 


Baginda juga berkahwin dengan Ungku Maimunah pada tahun 1930an.Setelah kemangkatan Sultanah Aminah pada 14 Sep 1977, baginda mengahwini  Tunku Nora binti Tunku Ahmad (lahir: 10  October 1937) pada  13 November 1977,  kemudian bergelar DYMM Sultanah Nora pada 28 Okt 1978). 


    

Baginda mangkat di Hospital Sultanah Aminah,  Johor Bahru pada 10 Mei 1981dan dimakamkan di Makam Sultan Abu Bakar, Bukit Mahmudiah.  Baginda mempunyai empat putera dan tiga puteri:
1.   YM Tunku Abdul Jalil dilahirkan pada 11 Mei 1924 dan mangkat pada 16 Mei 1925 (bondanya Ungku Aminah).
2.   YM Tunku Kalthum Maimunah dilahirkan pada 22 Dis 1927 dan mangkat pada 15 Februari 1930 (bondanya Ungku Aminah).
3.   YM Tunku Abdul Rahman  diputerakan pada 29 Julai 1930 dan mangkat pada 16 September 1930 (bondanya Ungku Aminah).
4.   YM Tunku Mahmud Iskandar (bondanya Ungku Aminah)
5.   YM Tunku Abdul Rahman DK SPMJ SSIJ SPCM SPMS PIS BSI  diputerakan pada 25 November 1933    (bondanya  Ungku Maimunah).  Dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara pada 8 Mei 1959,  dan Tunku Mahkota pada 10 Ogos 1961. Dilantik semula menjadi Tunku Bendahara pada 29 April 1981. Berkahwin dengan  Tunku Hajjah Shahariah binti al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (YDP Negeri Sembilan) pada 25 Okt 1956 dan dikurniakan seorang putera (Tunku Abu Bakar).  Tunku Abdul Rahman meninggal dunia pada 12 Julai 1989.
6.   YM. Tunku Helen diputerikan pada 15  Feb 1936 dan meninggal dunia pada  20 November 1937 (bondanya Ungku Maimunah).
7.   YAM Tunku Tun Maimunah diputerikan pada 12 Feb 1939 (bondanya Ungku Maimunah) dan berkahwin dengan YAM Tunku Tan Sri Dato' Osman bin Tengku Temenggong Ahmad pada 27  November 1958 dan dikurniakan  2 putera dan 2 puteri.




RMMusa     IMG_2223