Istana Woodneuk |
Disebelah kanan tiang gerbang inilah adanya ruang kecil untuk masuk kebelakangnya.
Setelah berjalan selama 5 minit maka kita perlu menaiki bukit kecil ini sebelum dapat melihat Istana Woodneuk.
Kelihatan runtuhan bangunan Istana Woodneuk setelah menaiki bukit kecil yang dikepong.
Inilah runtuhan istana yang pernah didiami oleh Sultan Abu Bakar satu ketika dulu.
Kelihatan aras 2 istana ini musnah namun beberapa bahagian yang lain masih kelihatan utuh.
Ingin saja kita masuk ke dalam istana ini andai tiada yang menghalang memandangkan kita tertarik dengan pemandangan dari pintu utamanya yang menampakkan tangga indah menuju aras 2 istana itu.
Sedang kita mengambil gambar runtuhan dari luar bangunan istana ini, seorang pekerja binaan menyuruh kita pergi dari kawasan itu kerana kita fahami ia adalah tempat larangan dan tempat rahsia kerana kawasan istana itu tidak tertera pada mana-mana peta rasmi, melainkan pada buku-buku lama yang tertentu.
Ya Allah, jadi inilah Istana Tyresall. Istana yg tiada dalam peta? menakjubkan~~ huhu
ReplyDeletesalam.. maaf harap maklum bahawa istana dalam gambar ini bukan istana tyresall, tapi istana woodneuk.. dua istana tersebut adalah berbeza. istana tyresall lagi besar dari ini dan telah lama runtuh. harap maklum.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKpd yg prihatin, benar gambar pertama diatas bukanlah Istana Tyersall, tapi Istana Woodneuk. Tak pernah gambar Istana Tyersall diambil kerap kerana dulu kawasan ini memang privacy. Segala majlis istiadat yg pernah berlaku disini tertutup. Almarhun Sultan Abu Bakar tak bersemayam di Woodneuk, tapi menggelarkannya "Istana Perhentian" dibinakan khas untuk isterinya ketika itu Almarhum Sultanah Khadijah. Both Tyersall dan Woodneuk bukanlah Istana Utama Almarhum berdua, malah tempat persinggahan atau "Istana Hinggap" ketika baginda berada di Singapura atas apa2 urusan dgn Kerajaan Negeri Selat atau bermesyuarat dengan Peguam peribadi, Rodyk & Davidson.
ReplyDeleteFYI, Istana Tyersall adalah tempat dimana Almarhum Sultan Ibrahim berada ketika menerima perkhabaran telegram dari London oleh Dato Abd Rahman Andak bahwa geringnya Almarhum Sultan Abu Bakar sgt membimbangkan. A very sad story waktu tu nk cite pjg. Apa pun, Al-fatihah utk baginda berdua.
terima kasih kepada tuan AL BACHTIAR diatas penerangan tuan berkenaan istana seperti diatas ini.
ReplyDeleteTerima Kasih AMY_AMY dan Al Bachtiar keran akeperihatinan anda. Yang salah kita perbetulkan. Semoga kesudian anda berdua dapat memeriahkan dan berkongsi Sejarah Kesultanan Johor bersama².
ReplyDeleteInsyallah, saya sentiasa prihatin apa sj kaitannya dgn Institusi DiRaja Johor (Modern Johor Sultanate). TQ to all yang berminat.
ReplyDeleteBangganya saya..terima kasih atas info..memang betul,istana tyresall jarang nak jumpa gambarnya,apapun info tuan mmg menarik..
ReplyDeleteSaya ingin bertanta sedikit. Adakah benar tanah Tysersall ini telah dijual? Kalau benar, betulkah harganya S$21Billion? Terima kasih.
ReplyDeleteBukan dijual tetapi diambil semula dibawah "acquisition act" Dan diberi pampasan S$25 juta (bukan billion).. Kalau billion, makin botak kepala LKY.. =)
DeleteCuma ingin berkongsi... http://remembersingapore.wordpress.com/istana-woodneuk/
ReplyDeleteTabik semua,
ReplyDeleteMemang kelas anda semua dapat menyusuri sejarah yang tiada diketahuai oleh semua orang . berusaha lagi lebih giat.