Social Icons

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Bangunan yang menempatkan Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dijaga dengan rapi.
Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sangat popular di kalangan masyarakat khususnya Melayu sehingga ia telah dirakamkan dalam bentuk filem Melayu klasik pada tahun 1950-an dahulu.Seingat saya, teraju utamanya ialah seniman Ahmad Mahmud yang memegang peranan sebagai Sultan.Cerita tersebut berkisar tentang kesetiaan rakyat terhadap raja dan negara di mana sanggup berkorban mengharung segala kesusahan bagi melaksanakan segala perintah raja meskipun bergalang nyawa.Keseluruhan jalan cerita filem berkenaan adalah hampir sama dengan cerita yang diriwayatkan dalam Kitab Hikayat Tuhfat n' Nafis.


Mengikut Kitab Hikayat Tuhfat n" Nafis, kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini berlaku apabila Laksamana Bentan iaitu Megat Seri Rama telah pergi berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Syah II.

1 comment:

  1. Movie: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961)-Cathay Keris Film Productions
    Director: K.M. Basker
    Writer: Ghani Salleh (story & screenplay)
    Stars: M. Amin, Nordin Ahmad, Maria Menado

    ReplyDelete