Social Icons

LAGU-LAGU PAK LOMAK

Berikut adalah beberapa lagu hasil ciptaan Pak Lomak



Pak Ngah Balik


bulan mengambang pak ngah lah yang balik
ahai la sayang
bulan lah yang mengambang
bulan mengambang ditengah malam
(2 x)


ahai nampak bercahya
nampak bercahya dengan serinya
(2 x)


janganlah adik
pak ngah lah yang balik
ahai la sayang
jangan lah yang adik jangan lah adik berhati bimbang
(2 x)


ahai abang pergi
abang pergi tidaklah lama
(2 x)


Seri Mersing


seri mersing
lagu yang lama
lagu dikarang biduan dahulu
(2 x)


hati ku runsing gundah gelana
dimananya kah sayang
dimana tempat hendak mengadu
(2 x)


seri mersing
lagunya sayu
buat menghibur di masa sunyi
(2 x)


dimana tempat hendak mengadu
hancurlah hati sayang
hancur hati merana diri
(2 x)


Lagu-lagu yang lain....
Musalmah
Embun Menitik
Jalak Lenteng
Kuala Sedili
Kuala Mersing
Puteri Ledang
Makan Sirih
Seri Banang
Seri Sedili
Embun Berderai
Teberau Kampung
Fajar Menyinsing
Nari Rendam
Hidup Tak Lama
Seri Muar
Datuk Keramat
Punai Melayang
Gunung Banang
Tanjung Malim
Seri Pontian


Pak Lomak juga menghasilkan banyak syair dan pantun yang kebanyakannya ditulis menggunakan Tulisan Jawi... Dibawah adalah beberapa contoh hasil ciptaan beliau


Enam Saudara


Kaki baik berjalan pantas
Jalan menuju ke Tanjung Jati
Hari baik bulan di atas
Ramai-ramai bersuka hati


Saya bermain enam saudara ~~~ Beri selamat tuan-tuan semua
Cincang-cincang di buat rojak ~~~ Makin ku tenang hatiku rosak


Jatung pisang kelopaknya kembang
Mari disampul dengan kain
Air pasang bulan mengambang
Ramailah orang turun bermain


Saya bermain enam saudara ~~~ Beri selamat tuan-tuan semua
Cincang-cincang buat pendaram ~~~ Makin ku tenang hatiku karam

Tanjung Surat



Tanjung Surat pasirnya putih
Tempat Raja turun bersiram
Hati firat berlawan kasih
Bilakan tahun menanggung dendam



Sebahagian daripada hasil karya Pak Lomak


Sepertimana yang kita ketahui, Pak Lomak adalah pencipta tersohor dalam lagu-lagu berentak Ghazal. Tapi kebanyakan lagu-lagunya juga telah dimainkan dalam rentak Irama Asli, khususnya dalam rentak Melayu Deli. Saya bukanlah orang yang arif dalam seni ini dan dalam pencarian untuk mencari lagu-lagu dan senikata ciptaan Pak Lomak beberapa perkara yang terpaksa saya lalui.
1. Senikata asal sudah banyak bertukar
2. Tajuk lagu asal sudah berbeza dengan yang dijumpai sekarang.

Sekiranya ada orang-orang yang lebih arif mengenai perkara ini, silalah kemukakan pendapat anda disini. Contohnya lagu "Musalmah"... apa yang saya jumpai adalah "Sayang Musalmah" & "Musalmah Manis" 


MAKAN SIREH
putera mahkota memakan sireh
memakan sireh
dato panglima bermain keris
(2x)

putus nya kasih janganlah bersedih
jangan bersedih 
kalau bersedih tentunya menangis
(2x)

kalaulah putus si tali benang
si tali benang
benang ditenun menjadi kain
(2x)

kasih yang putus janganlah dikenang
jangan dikenang
sudah menjadi hai si orang lain 
(2x)

makanlah sireh berlarut malam 

KUALA DELI

Kuala Deli sayang...
Kuala Deli airnya biru
Tempatlah mandi sayang...
Tempatlah mandi si anak dara
Sedang sekampung hatiku rindu... Kualalah Deli
Inikan pula... hai jauh di mata
Kuala Deli sayang
Kuala Deli airnya tenang...
Nyiur melambai sayang
Nyiur melambai ditiup angin
Tempat jatuh lagiku kenang... Kualalah Deli
Inikan pula tempat bermain
Kuala Deli, my love
Kuala Deli, its waters are blue
A place to swim, my love
A place to swim, for young maidens
I miss you even when we are near, Kuala Deli
Let alone when we are apart
Kuala Deli, my love
Kuala Deli, its waters are serene
Coconut trees waving, my love
Coconut trees waving, blown by the winds
I will always remember the place where I fall, Kuala Deli
Let alone my playgrounds
~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih:
Yayasan Warisan Johor

2 comments:

  1. boleh saya tanya.
    bagaimanakah cara saudara mengambil info-info ini.
    kerana saya juga tertarik dengan kisah Pak Lomak (Bapa Ghazal Johor)

    ReplyDelete
  2. Dari apa yang pernah dicerahkan oleh Seniman Negara Tan Sri SM Salim, dia menyatakan lagu Sayang Musalmah dan Muslamah manis adalah dua lagu yg berbedza. zaman dahula jika dalam bangsawan malam pertama Sayang Musalmah, malam Kedua Musalmah manis. Refer Konsert SM Salim, ada cerita ini.

    ReplyDelete