Social Icons

DYMM Sultan Johor mencemar duli ke Mesir

Majlis perasmian Asrama Pelajar Johor di Rabea Adawiya, Mesir telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertepatan dengan tarikh 17 April 2010 bersamaan 3 Jamadil Awal 1431 Hijrah. DYMM Tuanku Sultan Johor berkenan mencemar duli merasmikan bangunan asrama dan disamping mengerjakan umrah ke Mekkah setelah dua hari disini.










Tahniah kepada Mahasiswa-mahasiswi johor di mesir kerana dapat memberi kerjasama yang terbaik dalam menguruskan persiapan dan persembahan bagi menyambut kedatangan DYMM Sultan Johor beserta Exco-Exco kerajaan Johor. Sempena perasmian bangunan ini DYMM Sultan Johor berharap para mahasiswa dapat mengunakan dan menjaga asrama tersebut dengan sebaik-baiknya agar dapat di manfaatkan oleh generasi-generasi seterusnya.

No comments:

Post a Comment