Social Icons

‘Orang Muar’ rakyat Johor

BUKANLAH pelik apabila ada orang memperkenalkan dirinya ‘Orang Muar’, bukannya orang Johor. Sikap itu bukan diada-adakan, tetapi secara spontan terpacul dari mulut penduduk daerah berkenaan, lebih-lebih lagi generasi lama.


Mereka berbangga menjadi ‘rakyat Muar’ kerana Daerah Muar yang terletak di bahagian Barat Daya Johor, mempunyai lambang-lambang dan simbolnya sendiri dan satu ketika dulu ditadbir dengan cara tersendiri.

Jentera pentadbirannya berkembang pesat dan lengkap dalam tempoh tidak sampai 10 tahun ia dimashurkan sehingga menjadi contoh pentadbiran negeri Melayu yang dapat dibanggakan pada penghujung abad ke-19.

Pada 12 Ogos 1887, Maharaja Abu Bakar telah secara rasminya membuka Bandar Muar dengan nama ‘Bandar Maharani’ yang pentadbirannya diketuai oleh Engku Sulaiman Daud sebagai residen yang pertama sejak 1884.
Bandar Maharani (Muar) sekitar tahun 1900. 
Pembangunan ketika itu dianggap rancak pada zamannya dan banyak bangunan yang didirikan di sepanjang Jalan Petri masih utuh serta kekal sehingga hari ini.

Dalam tempoh 50 tahun ini, imej bandar Muar telah berubah dan lengkap dengan pelbagai prasarana awam serta pendidikan dengan wujudnya institusi dan pusat latihan.

Antaranya adalah Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara, Pusat Latihan Polis, Kolej Komuniti, Giat Mara, Matrikulasi dan sekolah berasrama penuh. Jambatan kedua Muar yang menyumbang kepada pembangunan hartanah serta memudahkan urusan pengangkutan bahanbahan industri. Malah, ia berupaya mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku di Bandar Maharani.

Kegiatan pertanian sentiasa menjadi sumber utama penduduk Muar sejak dahulu lagi terutamanya kelapa, kopi, sireh, sagu, buah-buahan, gambir dan lada hitam. Namun, kini ia bukan sahaja diperluas, malah sudah berubah hala dengan tanaman kelapa sawit dan kegiatan perindustrian, khususnya perabot.

Perkembangan ketara dapat dilihat melalui pengeluaran hasil tanaman seperti kelapa sawit, produk berasaskan herba dan cendawan. Sebagai contoh, produk Rempah Mak Siti keluaran syarikat Nasuha telah menjadikan daerah ini dikenali sebagai pengeluar produk rempah.

Selaras dengan pembangunan holistik, ekonomi Muar digerakan melalui strategi pembangunan projek dan program secara bottom up planning.

Konsep itu diterapkan melalui pengalakan dan latihan kepada penduduk setempat secara individu dan kelompok, bertujuan untuk menterjemahkan konsep Satu Daerah Satu Industri, Satu Mukim Satu Produk, dan Satu Kampung Satu Produk.


Dalam hal ini, pembangunan minda masyarakat digerakkan dan seruan kerajaaan disambut dengan mengusahakan tanahtanah yang ada untuk ditanam tanaman yang berpotensi untuk dikomersilkan.

Sebagai antara bandar utama di negeri Johor, kemakmuran daerah itu membolehkan kira-kira 420,000 penduduk Muar yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dalam suasana selesa. 

Kejiranan yang harmoni dan saling memahami itu adalah hasil daripada kejayaan program- program perpaduan, integrasi dan kejiranan yang telah dijalankan.

10 comments:

  1. sangat bangga jadi org Muo..:)

    ReplyDelete
  2. bukankah banda ke dua terbesar selepas JB ialah Batu Pahat....=D

    ReplyDelete
  3. yeah! muar mmg terbaek.. ahaha.. bangge plak.. ahaxx..

    ReplyDelete
  4. hehehehe................bangga ad Muo....dekat ngan Batu Pahat.....

    ReplyDelete
  5. tapi kenapa saya sering kena tipu ngan org muar ekk..... kebetulan kot....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. dato bentara luar bukan yg buka batu pahat ke?

    ReplyDelete
  8. proud ^_^
    pas bace ni makin rindu nak balik kampung!!!

    ReplyDelete
  9. bangga sbg anak batu pahat =)

    ReplyDelete
  10. nice info... hope can review other districts also.. =D

    ReplyDelete