Social Icons

Bil.2/1999: Gelaran Bagi Penerima Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia

PEKELILING AM KERAJAAN JOHOR
BIL2 TAHUN 1999
GELARAN BAGI PENERIMA
DARJAH MAHKOTA JOHOR YANG AMAT MULIA

1. Jumaah Majlis DiRaja Johor, didalam mesyuaratnya pada 1.6.1999, telah bersetuju supaya diberitahu kepada umum mengenai cara penggunaan gelaran yang betul bagi penerima-penerima Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia supaya tidak timbul penggunaan gelaran yang kurang tepat. Jumaah seterusnya telah bersetuju di atas pemberitahu seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling ini.

2. Tujuan Pekeliling ini ialah untuk memberitahu cara penggunaan gelaran yang betul bagi penerima-penerima Darjah Mahkota Johor Yang amat Mulia supaya tidak timbul penggunaan gelaran yang kurang tepat.

3. ada tiga pangkat ahli-ahli bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia seperti berikut:-

  • Pangkat Yang Pertama di sebut Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor atau ringkasnya SPMJ.
  • Pangkat Yang Kedua disebut Dato’ Paduka Mahkota Johor atau ringkasnya DPMJ.
  • Pangkat Yang Ketiga disebut Setia Mahkota Johor atau ringkasnya SMJ.
  • Bagi ahli-ahli yang dikurniakan Darjah di atas, hanya satu gelaran sahaja yang digunakan dan gelaran bagi pangkat tertinggi yang digunakan seperti berikut:-

1. Bagi ahli-ahli yang dikurniakan Pangkat Yang Ketiga akan menggunakan SMJ pada namanya.

2. Sekiranya ahli berkenaan dinaikkan ke Pangkat Yang Kedua, gelaran Dato’ Paduka Mahkota Johor atau DPMJ digunakan pada namanya tetapi SMJ tidak digunakan.

3. Sekiranya ahli yang berkenaan dinaikkan ke Pangkat Yang Pertama, gelaran Seri Paduka Mahkota Johor atau SPMJ digunakan pada namanya tetapi gelaran Dato’ Paduka Mahkota Johor atau DPMJ tidak lagi digunakan.

4. Tidak ada geleran Dato’ Paduka atau Dato’ Seri bagi Darjah Mahkota Johor Yng Amat Mulia.

5. Gelaran bagi penerima perempuan yang dikurniakan DPMJ atau SPMJ ialah “Datin Paduka” dan bukan “Dato’”.

(DATO’ DR. HAJI SHAHIR BIN NASIR)
SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR.
BERTARIKH: 29.6.1999.

No comments:

Post a Comment