Social Icons

06-01-1897 PERLANTIKAN SULTAN ABDUL SAMAD SEBAGAI SULTAN SELANGOR

H.H. Paduka Sri Sultan Sir 'Abdu'l Samad Shah ibni al-Marhum Tengku 'Abdu'llah 1857 - 1898 
Pada hari ini 6 Januari dalam tahun 1857, Sultan Abdul Samad bin  Raja  Abdullah  Ibni  Almarhum Sultan  Ibrahim telah  ditabal sebagai Sultan Negeri Selangor selepas kemangkatan Almarhum Sultan Muhamad,  Sultan  Selangor  yang  ketiga  yang  juga  merupakan  ayahanda serta mertua  baginda.  


Pelantikan  Sultan  Abdul  Samad  yang  juga  merupakan  Tengku  Panglima  Raja  yang  berkuasa  di  daerah  Langat  sebagai  Sultan  telah  dibuat  atas  nasihat  Raja  Jumaat  dari  Lukut  yang  telah  mendapat  persetujuan  daripada  empat  orang  pembesar  negeri  yang  lain. 


Raja  Muda  Muhammad,  iaitu  Putera  Gahara  Almarhum  Sultan  Muhammad  yang  sepatutnya  menaiki  takhta  diketepikan  memandangkan  usianya  yang  terlalu  muda.   


Zaman pemerintahan  Sultan  Abdul Samad  merupakan zaman yang penting dalam sejarah negeri  Selangor  di mana berlakunya  perang saudara merebut  takhta  kerajaan  serta  bermulanya  campur tangan  Inggeris  di  Selangor. 


Semasa  pemerintahan  baginda  juga,  perusahaan  bijih telah menarik  orang-orang  Cina  untuk  membuka  lombong  bijih  bersama-sama  dengan  orang  Melayu  serta  telah menjadikan  Kuala  Lumpur  sebagai  bandar  perniagaan yang  berkembang  dengan  pesatnya.  Sultan Abdul Samad telah  berada  di  atas  takhta   selama  selama  41 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1898.

2 comments:

  1. ye keturunan kami kalah perang dan pindah ke johor meneruskan hidup sebagai rakyat biasa.

    ReplyDelete
  2. Harap Maklum bahawa Mohom Sultan Abdul Samad bergelar Tengku Panglima Besar yang menjaga Langat bukan Tengku Panglima Raja

    ReplyDelete