ARKIB : 19/08/2009
KUANTAN 18 Ogos -
''Hari ini saya rasa bebas." Itulah ungkapan pertama Tengku Puan Pahang,
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebaik sahaja melangkah keluar
meninggalkan Wad Diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Tunku Azizah Aminah Maimunah mengeluarkan kata-kata itu
di hadapan sekumpulan wartawan yang menunggu baginda dan keluarganya di wad
berkenaan setelah 12 hari ditahan akibat dijangkiti selesema babi atau
influenza A (H1N1) minggu lalu.
''Semasa berada di dalam wad, saya rasa bagaikan
terpinggir dari dunia luar. Pada masa sama saya terbayangkan seorang gadis di
Jerman (pernah dilaporkan akhbar tempatan sebelum ini) yang menjadi hamba seks
bapanya selama 24 tahun.
''Setelah bertahun-tahun dikurung, gadis itu dibebaskan
apabila bapanya ditangkap polis. Saya juga merasai kebebasan yang sama apabila
dibenarkan keluar dari wad hari ini," katanya ketika ditemui pemberita
hari ini.
Pada 7 Ogos lalu, lima anakanda baginda, Tengku Hassanal
Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah, 12, pasangan
kembar, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah
Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom Athiyatullah, 7, dimasukkan
ke HTAA setelah di sahkan positif H1N1.
Tunku Azizah Aminah Maimunah pula dimasukkan ke hospital
sama sehari kemudian kerana dijangkiti virus berkenaan semasa menjaga
kelima-lima anakandanya.
Adinda baginda pula, Tunku Mariam Zaharah Sultan Iskandar
turut dimasukkan ke wad berkenaan pada 11 Ogos lalu setelah menunjukkan simptom
H1N1.
Menurut Tunku Azizah, baginda dan lima anakandanya serta
adindanya tidak akan pulang ke Istana Abdul Aziz tetapi akan tinggal sementara
di satu tempat yang terpaksa dirahsiakan.
''Keadaan di istana masih belum baik kerana terdapat
beberapa orang yang masih demam, selain menunjukkan simptom H1N1.
''Maka, di tempat itu nanti saya dan anakanda akan
bertemu dengan Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah,"
katanya.
Tambah baginda, tiga anakandanya, Tengku Muhammad, Tengku
Afzan dan Tengku Jihan pula akan menduduki peperiksaan esok sama ada di rumah
atau di hotel.
''Saya tidak benarkan anak saya ke sekolah kerana tidak
mahu berjangkit kepada rakan-rakan mereka. Saya takut nanti sekiranya terdapat
kes H1N1 di sekolah, ibu bapa pelajar akan mempersalahkan saya," titah
baginda.
Mengimbas pengalaman baginda ketika dimaklumkan lima
anakandanya dijangkiti H1N1, baginda benar-benar terkejut dan tubuhnya
menggigil.
''Apabila doktor memaklumkan bahawa Tengku Muhammad
positif H1N1, anak saya terus menjerit dengan berkata: 'Mama, I don't want
to die (ibu, saya tidak mahu
mati)'.
''Selepas itu, anak saya Tengku Ahmad mula menangis
kerana mereka semua tahu bahawa H1N1 ini boleh membawa maut," titah
baginda.
Berikutan itu, baginda terpaksa memujuk anakandanya
dengan mengatakan mereka bertuah kerana masih belum terlambat sedangkan pada
masa sama, hatinya turut dilanda kesedihan dan keresahan yang amat sangat.
''Selepas saya menenangkan mereka, saya keluar dari bilik
dan menghubungi Tengku Mahkota di London.
''Saya menangis terkenangkan anak-anak dan betapa
susahnya untuk memiliki anak sebelum ini," titahnya.
Selain mengerjakan solat hajat sepanjang berada di wad,
Tunku Azizah juga sempat melakukan aktiviti menjahit dan hasilnya, sebuah beg
serta alas cawan berjaya dihasilkan.
eh hari ni hari lahir Putera Selatan lah. kalau ucap selamat hari lahir kat Tunku, mesti dia balas camni "I'm honoured. Thank You."
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletealaaa sikit-sikit remove. biar la kalau dia nak bagi pendapat pun, kalau salah betulkan la, bukan remove comment..
ReplyDelete