Artikel Menarik

"........jangan ada terlintas di hati niat yang tidak baik di atas Raja sendiri atau meninggalkan negeri dan jajahan Johor ini, hidup tidak akan selamat kelak. Turun temurun datuk, nenek, moyang kita semuanya sudah bersumpah taat setia kepada datuk, nenek, turun temurun Sultan Johor. Dengan berniat 'Taat Setia' semenjak Panglima Daeng Lajat bin Abdul Rahim kepada Almarhum DYMM Sultan Abdul Jalil sehingga kepadanya sendiri bersumpah taat setia kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Temenggung Tun Ibrahim dan seterusnya kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Jangan takut membuat baik serta betul kepada Raja, Insya-Allah selamat sempurna hidup. Hak tertentu akan mati tetapi nama baik atau jahat akan kekal buat selamanya." - Dato' Bentara Luar Johor

Follow & Like Kesultanan Johor's public update

PORTAL ADUAN KESULTANAN JOHOR

Johor FA dan Johor FC tak bergabung


Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my


PRESIDEN Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan Johor dan Johor FC kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dan tidak akan menggabungkan kedua-dua pasukan itu.

Pengesahan itu merungkai segala spekulasi mengaitkan Johor dan Johor FC yang didakwa akan disatukan untuk beraksi dalam kancah Liga M sekali gus melegakan penyokong kedua-dua pasukan.

Katanya, perancangan rapi sudah dibuat bagi memastikan Johor yang beraksi di Liga Perdana manakala Johor FC yang kekal di Liga Super dibentuk dengan barisan pemain lebih berkualiti dalam usaha mengembalikan kegemilangan era 80an dan 90an bola sepak Johor sudah mendapat lebih 20 penajaan dari syarikat tempatan termasuk dua tajaan syarikat antarabangsa, salah satu daripadanya pengeluar kenderaan terbesar India, TATA.


“Saya sudah merancang mengambil pemain import bertaraf lima bintang beraksi bersama Johor dan Johor FC selain pemain tempatan, terutama anak jati Johor akan dipanggil mewakili kedua-dua pasukan.

“Pada masa ini perbincangan sudah dilakukan dengan ejen pemain import yang mengendali pasukan Liga Sepanyol, Altelico Madrid, George Mendez untuk mencari pemain import berkualiti dan saya lebih gemar mendapatkan pemain dari Argentina dan Brazil.

“Siapa yang mewakili Johor dan Johor FC, biarlah rahsia dan saya janji akan membuat pengumuman November ini. Apapun saya sudah berjanji kepada peminat bola sepak Johor dan Johor FC betapa kedua-dua pasukan itu bakal menjadi kuasa baru bola sepak Malaysia,” katanya selepas merasmikan Liga Johor 2012 di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Comment

kesultananjohor.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.