Beliau berkata, sambutan sebenar bermula pada 22 November bermula pukul 8 pagi dengan pemeriksaan barisan kehormat dan tabik hormat diraja di Jalan Arab sebelum majlis pengurniaan bintang kebesaran serta pingat berlangsung di Dewan Jubli Intan di sini.
"Ini adalah pertama kali majlis pengurniaan bintang kebesaran dan pingat dilakukan di luar dari Istana Besar, Johor Bahru selepas 125 tahun diadakan di situ. Kemudian diikuti jamuan teh bersama rakyat di Stadium Sultan Ibrahim, di sini (3 petang) dan forum perdana di Masjid Jamek Sultan Ibrahim (9 malam).
"Pada 23 November pula, Sultan Johor akan merasmikan Masjid Al-Ikhsan Batu 18, Air Hitam (9 pagi) sebelum berlangsungnya perarakan kereta berhias (9.30 malam)," katanya di sini baru-baru ini.
Abdul Rahman berkata, lebih 20 kereta berhias akan berarak sejauh empat kilometer bermula dari bandar ini sebelum berakhir di Dataran Tanjung Emas dan orang ramai diminta berada di sepanjang jalan itu untuk menyaksikannya.
Pada 24 November pula diadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring di stadium itu serta pertandingan futsal di Pusat Rakan Muda, Tanjung Emas yang bermula serentak (8 pagi) sebelum Majlis Istiadat Sempena Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Dataran Tanjung Emas (8.30 pagi).
Sambutan diteruskan dengan Cabaran Jet Ski Antarabangsa di pesisiran Sungai Muar (2.30 petang) yang disertai lapan negara, antaranya Singapura, Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat sebelum berlangsung Majlis Kurniaan Bungkusan oleh Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah kepada golongan kurang bernasib baik di Dewan Nur, Jalan Junid (3 petang).
Beliau berkata, sambutan pada hari ketiga diakhiri dengan persembahan kebudayaan dan kesenian oleh artis-artis tempatan di stadium dan pada 24 November pula pertandingan jet ski disambung semula (8 pagi).
"Pada masa sama diadakan pertandingan bola sepak, futsal, bola jaring (8 pagi) sebelum acara yang disertai lebih 50 bot berhias berlangsung di tepi sungai Muar (8.30 malam) dan pertunjukan bunga api di Dataran Tanjung Emas (11.30 malam).
"Sambutan tersebut akan berakhir pada 26 November dengan Demonstrasi Sukan Teras Johor dan derma darah yang kedua-duanya berlangsung di Dewan Jubli Intan (9 pagi)," katanya sambil menjemput orang ramai memeriahkan sambutan tersebut.
"Assalammualaikum kebawah Duli Tuanku Sultan, patik bagi pihak ahli-ahli Persatuan Belia Nakhoda Johor Bahru yang terdiri dari anak-anak Johor, merapak sembah mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran Tuanku, kami berdoa semoga Tuanku, rakyat dan negeri Johor sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah s.a.w hendaknya.
ReplyDeleteSempena sambutan merayakan hari keputeraan ini, kami Belia Nakhoda akan menjalankan aktiviti rekreasi kemasyarakatan iaitu Perkemahan Anak Johor bersama belia-belia Jementah pada 7-9hb Disember 2012.
Aktiviti ini akan dijayakan oleh remaja-remaja Johor tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak termasuk jabatan belia. Insyallah jika diizinkankan, kami akan mendaki Gunung Ledang dan akan melaungkan Daulat Tuanku serta akan menyanyikan lagu Bangsa Johor di puncak ledang pada 8hb Disember 2012.
Kami mohon doa restu dari DYMM Tuanku jua. Amin.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Dari Penasihat Persatuan Belia Nakhoda Johor.
012-7851588 Syed Abdul Rahman Bin Syed Mahdar."