skip to main |
skip to sidebar
"INI TITAH TUANKU"
Ada seorang Saudagar Cina yang telah lama bersahabat baik dengan DYMM Tuanku Sultan Johor ingin menghadiahkan sebuah basikal (seperti dalam gambar) kepada DYMM Sultan. Lalu Tuanku menitahkan Si Kamil Hashim (bukan nama sebenar) untuk mengambilnya. Maka Si Kamil pergi berjumpa Saudagar Cina tersebut. Bila Si Kamil berjumpa Cina tersebut beliau lalu berkata "Ini titah Tuanku, Tuanku minta 2 biji basikal."
Tanpa banyak soal Saudagar Cina tersebut memberikan 2 biji basikal oleh kerana Si Kamil Hashim (bukan nama sebenar) telah berkata "INI TITAH TUANKU"
Tapi apabila sampai di istana, cuma sebiji sahaja yang Tuanku dapat, lagi sebiji Kamil rembat bawa pulang ke rumah.
Moral of story, jangan sesekali mengambil kesempatan diatas kebaikan Tuanku dan menjual nama baginda untuk kepentingan peribadi. Tuanku begitu tidak berkenan kalau ada orang mengambil kesempatan diatas kebaikan baginda. Jika berkesempatan bekerja dengan Tuanku, harap anda tekad berbakti untuk Tuanku dan Negeri Johor. Ingat Rukun Negara di rangkap yang kedua, "Kesetian kepada Raja dan Negara"