Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi mempunyai sejarah sebagai pemerintah yang disayangi oleh rakyat. Bagaimana Tuanku menggambarkan gaya Tuanku sebagai seorang pemerintah?
Saya ingin menjadi seorang sultan yang dikenali kerana cintanya untuk rakyatnya. Dan saya cuba mendengar permasalahan mereka dan cuba untuk menyelesaikannya. Tidak kira siapa mereka, sama ada mereka adalah nelayan, Orang Asli, ahli perniagaan ataupun orang yang mempunyai masalah kesihatan.
Semenjak saya bergelar Tunku Mahkota Johor lagi saya suka singgah di warung atau restoran dimana-mana sahaja untuk makan jika saya terasa lapar. Saya masih teringin melakukan perkara yang sama.
Ketika sedang menikmati hidangan dan saya akan didatangi warga tua yang biasanya saya akan memanggil dengan panggilan Wak atau Pak datang untuk berbual dengan saya. Saya tidak kisah jika orang di warung mahu berbual atau bergambar dengan saya. Ia adalah sesuatu yang baik untuk melihat mereka gembira kerana dapat bersua dengan saya.
Saya memulakan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) kerana berasa ia adalah cara yang terbaik untuk saya bertemu rakyat dalam suasana yang tidak formal. Saya dan keluarga dapat merasa tinggal di rumah kampung semalaman ketika Kembara.
Pada masa yang sama, saya mahu orang tahu bahawa saya tegas dalam beberapa perkara. Jangan cuba untuk menjadi baik atau bercakap manis dengan saya semata-mata untuk mendapatkan penganugerahan.
|