Johor Bahru, 12 November. - Pengiran Muda Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Salleh berkenan berangkat bagi meneruskan lawatan rasmi ke Negeri Johor dalam rangka lawatan rasmi lima ke hari ke Malaysia bagi mengukuhkan hubungan dua hala Brunei-Malaysia, di samping meningkatkan kerjasama khususnya dalam bidang ekonomi dan pertahanan.
Keberangkatan tiba Pengiran Muda Mahkota dan Pengiran Anak Isteri berserta putera dan puteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor, disambut oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Juga hadir bagi menyambut keberangkatan itu ialah Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Yang Berbahagia Dato’ Haji Obet bin Tawil, pegawai-pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, ahli-ahli Exco.
Sumber: Pelita Brunei