Social Icons

Sultan Johor arah tangguh pelaksanaan hukuman gantung sampai mati


PETALING JAYA – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati terhadap banduan P.Chandran yang dijadualkan pada awal Jumaat dihentikan, selepas mendapat arahan Sultan Johor berikutan rayuan daripada keluarga.

Abang Chandran, Thamotharan berkata dia menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai di Jabatan Penjara, lewat Khamis.

“Mereka memberitahu saya bahawa hukuman itu telah dihentikan sementara dan pihak berkuasa akan meneliti kes itu.

“Saya juga dimaklumkan bahawa keputusan untuk menangguhkan hukumannya dibuat selepas mendapat arahan daripada Sultan Johor semalam (Khamis) petang,” katanya, sambil menambah seluruh keluarga sangat berterima kasih kepada Sultan.

Thamotharan berkata dia difahamkan bahawa Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu.

“Kami berterima kasih kepada mereka dan juga setiap organisasi dan orang ramai yang bersama dengan kami yang merayu untuk mendapatkan pengampunan untuk Chandran daripada dikenakan hukuman mati,” katanya.
Tahun lepas, anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dalam Semakan Kedua Rekod Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) di Geneva, sebulat suara meminta kerajaan Malaysia mengkaji semula hukuman mati.

Setiausaha Hindraf kebangsaan P. Ramesh berkata, berikutan itu, kerajaan telah bersetuju untuk membentangkan satu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bulan depan.

“Isu ini telah dibangkitkan tidak kurang daripada empat tahun yang lalu, iaitu apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan semua hukuman mati,” katanya.

Chandran didakwa membunuh dengan niat bersama beberapa orang lelaki yang masih bebas yang menyebabkan kematian K.Muthuraman, 36, di hadapan sebuah rumah di No. 94, Jalan Lading 22, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, pada pukul 8.15 malam, 19 Julai 2003.

Chandran, yang telah dipenjarakan selama 11 tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Malaysia adalah antara sebilangan negara di Asia yang masih menjatuhkan hukuman gantung sampai mati untuk beberapa kesalahan termasuk membunuh dan mengedar dadah.

Putrajaya dijangka membuat keputusan muktamad bulan depan sama ada untuk menerima syor Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mahu hukuman itu dimansuhkan.

13 comments:

  1. Sultan ku memang terbaik. Luaskan kuasa mu

    ReplyDelete
  2. Sultan alaf baru & berpandangan jauh.

    ReplyDelete
  3. TETAPI HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI TIDAK HARUS DI MANSUHKAN..JIKA TIDAK PASTI AKAN PARAH TANAH MALAYU...RAKYAT DAN ORANG LUAR MEMBUAT SESUKA HATI UNTUK MEMBUNUH..KEKALKAN IDENTITI MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Darah mesti dibalas darah. Masa membunuh, tak fikir panjang. Dah bunuh rasa menyesal. Kesian mangsa yang terbunuh. Bagaimana perasaan ahli keluarga bila dapati anaknya mati dibunuh? Jika kita bercakap tentang kemanusiaan. Dimana rasanya peri kemanusiaan pembunuh? Mengapa membunuh? Harimau membunuh untuk makanan, tapi manusia membunuh untuk apa? Manusia pembunuh tidak berperi kemanusiaan dan tak layak diberi kasihan.Jika hukuman mati diwujudkan tetapi manusia tidak geruni, apakah nasib negara jika hukuman mati dihapuskan? Kami hanya rakyat biasa yang tidak mempunyai pegawai peribadi yang menjaga keselamatan kami. Jika hudud mengatakan potong tangan jika mencuri, adakah bermakna undang2 Islam kejam? Tidak. Maka jika undang2 Malaysia masih mengekalkan hukuman bunuh kepada pembunuh, adakah bermakna negara kita kejam? Kami merasakan tidak. Manusia berperikemanusiaan, tidak akan jadi pembunuh!

    ReplyDelete
  6. Johorean should proud. Sultanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I m Johorean and I AM NOT PROUD!!! Mcm mna nk bendung jenayah cam ni kalo x de apa yg penjenayah takut??

      Delete
  7. lepas ni klu membunuh dengan niat pn xperlu takut sebab xkan kne hukuman gantung..kalau rasa benci atau marah dengan seseorang tu xpayah men santau2 pergi bunuh terus...

    ReplyDelete
  8. YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA UMAT INI,SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MENJALANI HUKUMAN...........YA ALLAH SESUNGGUHNYA HAMBA BERSERAH SEBULAT2NYA PADA MU...KU MOHON DENGAN APE PUN CARA YANG DI TERIMA OLEH ORANG2 INI SAMA ADA ORANG INI BAIK ATAU PUN TIDAK,HAMBA MEMOHON TEMPATKAN LAH ROH MEREKA INI DITEMPAT DENAGN ORANG YANG BERIMAN..SUBAHAN ALLAH AMIN.

    ReplyDelete
  9. YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA UMAT INI,SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MENJALANI HUKUMAN...........YA ALLAH SESUNGGUHNYA HAMBA BERSERAH SEBULAT2NYA PADA MU...KU MOHON DENGAN APE PUN CARA YANG DI TERIMA OLEH ORANG2 INI SAMA ADA ORANG INI BAIK ATAU PUN TIDAK,HAMBA MEMOHON TEMPATKAN LAH ROH MEREKA INI DITEMPAT DENAGN ORANG YANG BERIMAN..SUBAHAN ALLAH AMIN.

    ReplyDelete