Social Icons

Johor tak benar 'pool party' JB

Datuk Abd Latiff Bandi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri 
Kerajaan Johor tidak membenarkan penganjuran parti liar termasuk 'pool party' yang dirancang diadakan di sebuah pusat hiburan di Bukit Indah, Johor Bahru esok.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latiff Bandi berkata, program itu bercanggah dengan undang-undang, budaya serta boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan remaja, lapor Berita Harian.

Justeru itu, pihaknya mengarahkan pihak berkuasa tempatan menyiasat cadangan penganjuran acara itu sebelum mengambil tindakan susulan.

"Setakat ini, kita menerima maklumat mengenainya. Namun, jika perkara ini adalah benar (penganjuran parti liar), kerajaan negeri menerusi pihak berwajib tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berdasarkan kesalahan dilakukan.

"Jika ia dilakukan oleh premis pusat hiburan, lesen perniagaan boleh ditamatkan kerana ia menyalahi syarat peraturan premis perniagaan.

"Polis juga boleh mengambil tindakan jika ia dianjurkan tanpa permit," beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Laporan itu juga menyebut, Abd Latif juga menjelaskan pihaknya juga tidak akan memberikan kebenaran kerana program itu bertentangan dengan tatasusila, agama dan adat masyarakat negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Noor Hashim Mohamad mengesahkan mendapat maklumat berhubung penganjuran 'pool party' itu.

"Bagaimanapun, polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit bagi menganjurkannya.

"Jika ada permohonan daripada penganjur polis akan berbincang dengan PBT untuk tindakan susulan," dipetik sebagai berkata.
Dalam laporan harian itu menyebut acara 'Pool Party' itu telah tersebar di beberapa laman sosial dan portal berita berhubung penganjuran parti itu yang akan diadakan esok.

Bahkan laporan itu juga menyebut parti itu menetapkan wanita hanya memakai pakaian separuh bogel untuk menyertai acara itu, serta ditawarkan minuman keras percuma.

2 comments:

  1. Jangan biarkan ianya terjadi. Sekat dan batalkan.

    ReplyDelete
  2. Hadiah buat pengundi muslim dun skudai dan pàrlimeñ gelang patah yang mengundi DAP

    ReplyDelete