Social Icons

DAULAT TUANKU!!

LAUNGAN Daulat Tuanku bergema sejurus Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, mengumumkan pemasyhuran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, pada 23Januari lalu.

Pemasyhuran itu disempurnakandi  tangga Istana Besar Johor Bahru, jam 1.35 petang, sebelum jenazah Almarhum Sultan Iskandar di bawa turun dari Balai Singgahsana ke pedati diraja untuk diiring dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.

Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Sultan Johor kelima kelihatan sebak ketika membaca watikah perlantikan dan bersumpah akan menjaga negeri Johor dan rakyatnya dengan adil.

“Saya, Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar menaiki takhta menjadi Sultan Yang Dipertuan Negeri Johor Darul Ta’zim dan Jajahan Takluknya. Saya bersumpah akan memerintah dengan adil, saksama dan timbang rasa pada semua rakyat.

“Saya akan memelihara dan menghormati agama Islam, adat istiadat Melayu dan memegang teguh pada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor dan undang-undang Negeri,” titahnya.

Sebelum dilantik sebagai Sultan Johor, Sultan Ibrahim merupakan pewaris takhta selepas ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ). Baginda yang lebih senang jika disapa sebagai TMJ oleh rakyat ini telah mengatur satu program membolehkan baginda melihat kehidupan rakyat sebenar, sekali gus mewujudkan hubungan mesra di antara rakyat dan institusi istana.

Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang dilancarkan sejak 2001 itu amat sinonim dengan baginda dan telah menjadi acara tahunan di negeri ini. Pergerakan rombongan KMJ ini adalah secara konvoi motorsikal berkuasa tinggi, membawa baginda dan rombongan pengiring yang terdiri daripada Menteri Besar, ketua-ketua Jabatan, pegawai kerajaan dan media, menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini.

Program itu turut disusuli dengan tinjauan pembangunan di negeri ini terutamanya yang melibatkan penduduk luar bandar, golongan miskin, anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU), petani, penternak dan nelayan.

Selain itu, penjelajahan itu juga mencakupi hal-ehwal kemasyarakatan seperti bantuan perumahan, penjagaan kesihatan, program ekonomi, kebajikan rakyat, agama, pendidikan dan riadah. Sepanjang program ini berlangsung, baginda mengetepikan protokol dan tidak kekok untuk bergaul mesra dengan masyarakat tempatan sama ada ketika menjamu selera, menjalankan aktiviti bersama atau solat berjemaah.

Ketika KMJ 2008, baginda telah mempopularkan kembali sukan rakyat dan penduduk di kampung Sagil Parit 3, Ledang berpeluang menyertai acara itu.

Hujan renyai-renyai sejak awal tidak menghalang pertandingan sukan rakyat ini diteruskan. Antara permainan yang dipertandingkan adalah getah buntui, baling tin, menyumpit dan tolak tali. Baginda membuktikan bahawa pewaris tahkta juga mahir dalam permainan rakyat. Dalam pertandingan itu pasukan baginda menjuarai keseluruhan acara.

Sepanjang program KMJ berlangsung, baginda bukan sahaja melihat kehidupan harian rakyat, malah turut memberikan sumbangan kepada yang memerlukan.

Pada KMJ dua tahun lalu, baginda dengan murah hati menyampaikan bantuan sepuluh basikal kepada kanakkanak miskin dan tiga kerusi roda kepada Orang Kurang Upaya. Aktiviti turun padang itu turut disertai oleh Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta putera dan puteri baginda.
Sultan Ibrahim yang diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah

No comments:

Post a Comment