Social Icons

Begitu akrabnya Raja-raja Melayu




Dalam Mesyuarat Hari Pertama (13.10.2010) Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, iaitu Raja Yang Mempengerusikan Mesyuarat Majlis telah bertitah mengalu-alukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad   Ke-V, Al-Sultan Kelantan berangkat hadir sebagai Anggota penuh Majlis Raja- Raja dan keseluruhan titah ucapan seperti berikut :-

“Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda Sultan Muhammad  Ke-V, Al-Sultan Kelantan. Paduka Ayahanda beserta dengan Seri Paduka Ayahanda, Seri Paduka Kekanda dan Seri Paduka Adinda, Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dengan amat sukacitanya mengalu-alukan Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda yang telah selamat dimasyhurkan dan naik takhta Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim, serta dapat hadir dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja pada hari ini sebagai Anggota penuh.  

Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas permasyhuran Anakanda.

Seri Paduka Anakanda, sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas baik dari segi pentadbiran dan juga pernah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, serta berjiwa rakyat, maka Majlis ini percaya dan berkeyakinan penuh bahawa Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda akan dapat memberi bantuan dan input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.  Dalam Majlis ini juga Paduka Ayahanda serta Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri-Yang di-Pertua Negeri dengan rasa dukacita yang teramat sangat atas kegeringan Seri Paduka Adinda, Sultan Ismail Petra semenjak lebih dari setahun lalu.  Adapun Seri Paduka Adinda Sultan Ismail Petra adalah seorang Anggota yang amat aktif dan sentiasa mengambil berat di dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja selama ini.

Paduka Ayahanda serta Seri Paduka Ayahanda, Seri Paduka Kekanda dan Seri Paduka Adinda Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri-Yang di-Pertua Negeri melalui Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda dengan sukacitanya menyampaikan salam Majlis kepada Seri Paduka Adinda, Sultan Ismail Petra dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga kesihatan Baginda akan bertambah baik lagi.

Paduka Ayahanda dan juga Majlis Mesyuarat Raja-Raja mendoakan semoga Negeri Kelantan Darul Naim yang diperintah oleh Seri Paduka Anakanda akan terus aman dan tenteram dan dapat menempuh arus yang dihadapi sekarang ini dengan aman dan sempurna.  Seri Paduka Anakanda juga didoakan dapat memerintah di atas Takhta Kerajaan Negeri Kelantan dengan adil dan saksama serta memimpin Negeri Kelantan Darul Naim menuju kejayaan yang mana rakyatnya yang berbilang kaum akan hidup dalam keadaan aman dan makmur serta Seri Paduka Anakanda sentiasa dikasihi oleh rakyat jelata.

Paduka Ayahanda serta Seri Paduka Ayahanda, Seri Paduka Kekanda dan Seri Paduka Adinda Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang  di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri bersama berdoa kehadrat Allah Subahanahu Wata’ala mudah-mudahan dilanjutkan usia zaman Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda kekal bersemayam di atas Singgahsana Takhta Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim, InsyaAllah.”    

No comments:

Post a Comment