Social Icons

Sultan Sir Ibrahim dan Seorang Tua

Sultan Abu Bakar

Tersebutlah sebuah kisah ketika Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim ke London pada tahun 1929 dan  bersemayam di Kresbern House dekat dengan Marble Arch Hyde Park, datanglah seorang tua mengadap baginda.

Ketika Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim masuk ke ruang menanti, orang tua tersebut pergi kearah baginda sambil dipimpin dengan keadaan tergetar-getar uzur dan lalu mencium tangan baginda dengan bercucuran air mata sambil mengucapkan kesyukuran dapat bertemu dengan baginda dan memohon beribu-ribu ampun. Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim bertitah dengan baik dan disuruhnya tetamu itu duduk.

Kemudian orang tua itu mempersembahkan sebuah ingatan iaitu sebuah potret lukisan minyak Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar dengan mengenakan bintang kebesaran yang selama ini sentiasa digantungnya dimana-mana tempat kediamannya.

Baginda dengan pilu dan berterima kasih diatas pemberian tersebut dan diarahkan gambar tersebut dibawa pulang ke Johor. Orang tua itu mendengar dan suka lalu mencium tangan baginda dengan linangan air mata dan memohon pulang.

Hari dan waktu itu adalah pertemuan kali terakhir baginda dan orang tua tersebut yang dikenali sebagai Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, berikutan dengan itu akibat keuzuran pada 10 September 1930 beliau telah menghembuskan nafas terakhir di usia 71 tahun di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Working.

Inalilahi Wainalilahi Rajiun

Whatsapp: 019-799-8249

Begitulah kisah betapa kasih dan taatnya Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak kepada Sultan sehingga ke akhir hayat.

Namanya diabadikan oleh Kerajaan Johor pada nama jalan dan bangunan antaranya:
  • Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru
  • Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Nusajaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam.

Dato' Seri Amar Diraja - Dato' Abdul Rahman bin Andak 1859 - 1930
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Pertama


Memetik ungkapan keramat Dato' Bentara Luar

"........jangan ada terlintas di hati niat yang tidak baik di atas Raja sendiri atau meninggalkan negeri dan jajahan Johor ini, hidup tidak akan selamat kelak. Turun temurun datuk, nenek, moyang kita semuanya sudah bersumpah taat setia kepada datuk, nenek, turun temurun Sultan Johor. Dengan berniat 'Taat Setia' semenjak Panglima Daeng Lajat bin Abdul Rahim kepada Almarhum DYMM Sultan Abdul Jalil sehingga kepadanya sendiri bersumpah taat setia kepada Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Temenggung Tun Ibrahim dan seterusnya kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar. Jangan takut membuat baik serta betul kepada Raja, Insya-Allah selamat sempurna hidup. Hak tertentu akan mati tetapi nama baik atau jahat akan kekal buat selamanya." - Dato' Bentara Luar Johor

Al-Fatihah.