Minuman beh suatu ketika dahulu, dijadikan sebagai minuman
“selamat datang” kepada tetamu yang berkunjung ke Istana Besar Johor semasa
zaman pemerintahan Baginda Sultan Abu Bakar. Baginda menginginkan suatu
kelainan yang beridentitikan Johor untuk dihidangkan kepada tetamu yang
berkunjung ke Istana Besar Johor.
Menurut cerita lama orang dapur Istana, minuman beh mula
dihidangkan semasa lawatan Duke of Ediburgh ke Johor pada tahun 1869 dan
selepas itu minuman beh telah dihidangkan kepada tetamu DiRaja dan menjadi
hidangan tetap pada semua jamuan Istana.
Minuman beh dibuat menggunakan teknik pemeraman menggunakan
herba rempah terpilih seperti kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga
lawang, limau purut, daun pandan dan beberapa rempah lain. Pada ketika itu semua rempah ratus tersebut di
tanam di sekitar Istana Besar Johor.
Untuk menyambung
kesinambungan dan memelihara minuman warisan ini dan dengan limpah perkenan
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, minuman beh kini diusahakan oleh
D Heritage Food & Beverages Industries di bawah jenama “Beyh Royale”.
Usaha
memelihara minuman warisan ini diharapkan dapat meneruskan pratik zaman silam
menghidangkan minuman beh di semua jamuan Istana, Kerajaan Johor dan malahan
untuk dinikmati masyarakat umum Negeri Johor.
Sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen.
Sebarang pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen.
Where can we have a try of this ?? Or purchase ?
ReplyDeletePn. Khursiah,
ReplyDeleteD' Heritage Food & Baverages Industries,
No. 18, Jalan Titiwangsa 4,
Taman Tampoi Indah,
81200 Johor Bahru.
Contact: 010-7121997
Untuk dapatkan Beyh Royale sila hubungi Puan Khusiah di alamat dan nombor HP di atas.
ReplyDeleteAssalamualaikum...takde ke dijual dimana2 kedai?
ReplyDeleteYo tak yo jugak kalau ado jual ket kodai
ReplyDeleteden teringin yo nak raso !!
Salam...Berapa harga dan ada ke di jual di hypermarket? Saya berminat. T. Kasih
ReplyDeletemengunakkan teknik pemeraman .........
ReplyDelete1) adakah ianya memabukkan ?
2) Halal ke ?
insyaAllah halal....saya da byk kali minum..ok jek...tak mabuk pun..alhamdulillah menyegarkan lagi...
ReplyDeleteAnakrimaumalaya..tapai tu peram, budu, cencaluk tu pun peram..mabuk ke ? Bodoh no soalan ko ni. Dulu tak gi sekolah ke ? Bukan semua benda peram tu mabuk. Lain macam je cara ko tanya ni..
ReplyDelete